"Dah siap ke barang-barang kamu berdua nie." Datin Nurshamsiah
bertanya kepada Nuratikah dan Irfan.
"sudah ibu." Balas Atikah sambil menuangkan air ke dalam
cawannya.
"Abang nak nasi goreng ke nak kuih nie." Atikah bertanya kepada
Irfan.
" Bagi Abang nasi goreng." Irfan menghulurkan pinggan sambil
tersenyum.
"Ehh.. ayah mana ibu." Irfan bertanya kerana bapa mertuanya tidak
bersarapan sama.
" Baru keluar, dia dah sarapan..ada meeting sikit hari nie
katanya." Datin Nurshamsiah menjawab sambil melihat anak dan menantunya
bersarapan. Hatinya sungguh bahagia melihat mereka berdua dan dia berharap
semoga kebahagian anak dan menantunya berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Ibu.. Ika nak keluar tengah hari nie..jadi kami tak makan kat rumah..
malam nanti kita makan bersama-sama ye." Sambil menarik kerusi dan duduk
di sebelah suaminya.
"Oklah..ibu pun nak keluar dengan mama kamu nie." kata Datin
nurshamsiah.
"Sayang nak cari apa lagi
nie.. nanti tak pasal-pasal kita kena beli extra luggage pulak." usik
Irfan.
" Abang nie.. tak Ika nak cari novel dalam empat ke lima buah..jom
kita gie popular kejap sayang.." Atikah mula melangkah memasuki popular
yang sangat popular untuk kalangan pencinta novel mencari keluar terbaru dan
lama.
selepas membeli beberapa buah novel Atikah dan Irfan bertemu dengan Shamsul
dan Wafa kerana mereka telah berjanji untuk makan tengah hari di luar bersama
hari ini.
Akhirnya aku dan Irfan selamat menjejakkan kaki di tanah inggeris ini,
cuaca buat masa ini sudah pertengahan musim panas dan aku tak perlu risau untuk
memakai baju tebal-tebal lagi. Kami menyewa hotel malaysia di sana. Semua itu
permintaan aku dan Irfan hanya menurutkan kerana dia tahu aku mesti nak makan
masakan melayu juga dan kami menetap di Holiday Villa di Bayswater.
“Sayang kita duduk dekat kerusi ni dulu, Abang penatlah..”Irfan terus
menarik tanganku untuk dudk sama.
“Aik! Dah surrender ke sayang?” aku menjeling manja kepada Irfan sambil
membuka penutup botol mineral dan menghulurkan kepadanya.
Irfan meneguk air mungkin dah terlalu haus kut. Yelah kami berjalan dari
Trafagal Square kemudian kami berjalan ke Bugkingham Palace dan kami melihat
Palace yang sentiasa menjadi tempat Queen dan keluarganya meraikan rakyat.
Kawasannya sungguh luas dan aku suka tengok Queen guard nie dan aku terfikir
sendiri tak berat ke kepala dia orang nie memakai topi yang berbulu dan tinggi
begini. Aku dan Irfan tak melepaskan peluang bergambar bersama pengawal istana
itu, tapi mereka nie kita tak boleh sentuh.
“Ehh! Berangan ye.” Irfan mencuit hidung aku.
“Hihihihi.. sesekali apa salahkan.” Aku tersenyum kepadanya.
“Jangan berangan benda lain tau, tapi kalau berangan pasal abang tak pa.”
dia cuba mencuit pinggang aku pula, aku memang tak tahan bila pinggang di cuit
dan aku menahan tangannya.
“Ehh.. jelous ke?” aku sengaja mengusik lagi.
“Mestilah.. abang nak dapatkan sayang bukan senang tau. Sayang jual bukan
main mahal tau.” Dia berkata tapi tangan tak boleh duduk diam ada je yang dia
cuit aku nie.
“Ha..ha..ha..” aku ketawakan dia kemudian aku jelirkan lidah kepadanya.
“Dah jom lah bang. Kita boleh balik hotel dan solat zuhur sekali.” Aku dah
menarik tangan dia untuk bangun.
“Ok..ok.. esok lah kita beli gift tuk dia orang. Abang dah penat sangat
nie.. sayang tu kalau boleh satu London nie nak di roundkan.”
“Ala.. kalau boleh satu England nie Ika nak round tau..” sambil mencebik
dekat Irfan.
“yelah tu.. abang tau bini abang nie kuat berjalan, macam tu kita kena
duduk kat sini lama sikitlah, barulah boleh habis melawat satu Uk nie kan..”
dia dah mula nak menyakat aku lelebih. Aku hanya menjeling dan buat-buat
merajuk. Tapi Irfan pandai memujuk dia terus memaut bahu dan mencuit hidungku
dan aku apa lagi terus tersenyum, Aku terasa sungguh bahagia dan terasa rugi
kerana membencinya dulu dan benarlah kata orang-orang tua, Jangan terlalu benci
dengan orang tu nanti akan jatuh cinta akhirnya dan ini yang berlaku kepadaku..
“Mana pakcik Arifin nie?” aku
mencari-cari jika ada ternampak kelibat pemandu ayah.
“Tu haa..” Irfan memuncungkan mulutnya dan aku pun berpaling ke kiri dan
melihat pak Abu tengah melambai-lambai ke arah kami.
“Apa khabar pak abu?” Irfan bertanya sambil bersalam dengan pak abu.
“Alhamdullilah.. sihat walafiat.. kamu tak jumpa pak Abu pun baru
seminggu..hi..hi..hi..” pak abu ketawa sambil membuka bonet kereta. Irfan
memasukkan beg kami ke dalam kereta dan dia terus duduk di tempat duduk di
bahagian depan manakala aku memang sudah duduk bersandar di belakang penat
kerana perjalanan yang memakan masa selama 12 jam.
Dua bulan kemudian
“Ibu tengok Ika nie macam tak sihat je.. muka tu nampak pucat.” Datin
Nurshamsiah mengusap-usap kepala Nuratikah yang baru melepaskan lelah selepas
balik dari kerja. Hari ini Nuratikah balik Awal kerana dia rasa tak berapa
sihat dan dia minta Irfan hantarkan dia balik Lunch time tadi dan Irfan pun dah
memberitahu papanya yang dia berdua balik awal hari nie kerana Nuratikah tidak
berapa sihat.
“Tulah Ibu.. Irfan dah call shamsul dan dia kata lagi 1 jam dia sampai.”
Sambil mengusap-usap tanganku.
“eloklah kalau macam tu.. bawa Ika naik atas.. Ibu suruh mak som masakkan
bubur tuk Ika.”
Irfan memapah Atikah masuk ke dalam bilik, Dia pun hairan kerana Nuratikah
tak demam tapi badan dia nampak lemah dah tu tak berselera nak makan. Irfan
suruh Anuratikah baring dan dia masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk
dan dia nak solat zuhur dulu.
“Sayang.. bangun solat dulu..” usai dia solat dia mengejutkan Nuratikah dia
sengaja tidak mengajak Atikah solat bersamanya kerana dia nak bagi Atikah
berehat sekejap.
“Abang dah solat ke?” Atikah mengosok-gosok matanya.
“Sudah sayang.. baru je lepas.. abang saja kesian tengok sayang macam nie
tu abang solat dulu dan abang nak biarkan sayang rehat dulu.” Irfan
mengosok-gosok kaki Nuratikah. Atikah cuba untuk bangun dan nak ke bilik air.
“Sayang ok tak nie.” Dia cuba untuk membangunkan Atikah.
“Ika ok bang.. dah terlelap sekejap nie rasa ok sikit.. biar ika ambil
wuduk dulu.” Atikah berjalan ke bilik air. Irfan tak bagi Atikah mengunci pintu
takut kalau terjadi apa-apa kepada Atikah semasa dalam bilik air dan dia dapat
masuk.
Dalam masa menunggu Atikah solat Irfan ke dapur untuk melihat sama ada mak
som dah memasakkan bubur untuk Nuratikah.
“Ehh.. Irfan nak makan ke? Mak som sediakan sekarang.” Mak som bertanya
kerana sekarang memang masa untuk makan tengah hari, dia dan Datin Nurshamsiah
dah sudah makan sebelum mereka sampai.
“Err.. saya makan dengan Ika sekalilah.. bubur dia lama lagi ke nak masak
mak som?” Irfan meninjau ke dalam periuk.
“ sikit lagi nie.. dah siap nanti mak som panggil Irfan ye.”kata mak som
lagi.
“Yelah saya naik tengok Ika dulu.” Irfan sempat meninjau ke luar dulu
jika-jika shamsul sudah sampai.
Tok..tok..tok.. bunyi pintu bilik mereka di ketuk. Irfan membuka pintu.
“Irfan ajaklah Ika makan.. mak som dah siapkan.”
“ok.. mak som.. saya panggil Ika dulu. Mak som terus turun kebawah dan
Irfan sekali lagi mengejutkan Nuratikah, dia baring hingga terlelap selepas
solat tadi.
Ketika mereka makan terdengar suara Shamsul dan Wafa memberi salam dan
mereka semua menjawab salam serentak. Shamsul terus menyalam Ibunya dan dia
mengusap-usap kepala Nuratikah. Dia memang teramat sayang dengan Adik-adiknya.
“lepas makan nie abang check Ika tau dan abang pun nak suruh Ika check
something dulu.” Shamsul menarik kerusi dan duduk sebelah Ibunya yang tengah
mengadap Nuratikah dan Irfan makan. Dia jatuh kasihan dengan Anak Ika yang tak
berselera makan.
“Ehh.. dah makan ke belum nie. Mak som!! Tolong bawakan satu pinggan ke
sini.” Datin Nurshamsiah tau Shamsul mesti akan makan.
“Dah tadi dengan Wafa.. tapi mana boleh tolak rezeki depan matakan..
hihihihi” dia tergelak.
“Abang kalau dah nampak asam pedas ikan pari..biasalah dah makan pun boleh
jadi lapar.” Wafa pula mengusik suaminya sambil menghulurkan syazwa kepada
Datin Nurshamsiah. Wafa telah selamat melahirkan anak perempuan dan dia pun
baru 3 minggu habis pantang.
“Mestilah yang.. mak som punya asam pedas nie memang sapa-sapa tak boleh
challenge.” Sambil menghulurkan pinggan ke pada wafa yang sudah bersedia tuk
menyendukkan nasi.
“Mak som macam nie mak som kena turun kan ilmu asam pedas nie dekat Wafa.”
Dan mereka sama-sama ketawa.
“Comelnya cucu nenek nie.” Datin Nurshamsiah mencuit-cuit hidung Wawa yang
sedang lena.
Shamsul check tekanan darah dan degupan jantung, dia juga bertanya tentang
putaran haid adiknya dan kemudian dia suruh Wafa bagikan bungkusan yang Wafa
beli di farmasi tadi.
“Nie pergi test for confirmation.. lepas tu daru boleh cerita panjang.”
Shamsul berkata sambil tersenyum dengan adiknya.
“Apa nie?” Nuratikah sedikit hairan. Dia keluarkan dari bungkusan tu dan
dia hairan kenapa abangnya nak suruh dia buat pregnant test.
“Pergi je lah test.. Sayang ajarlah Ika tu..” Shamsul mengarahkan Wafa
membantu kerana dia tau adik dia blur sikit dengan benda-benda yang dia rasa
macam remeh nie. Datin nurshamsiah dah tersenyum dan mengharapkan berita baik
juga.
Selepas 10 minit Nuratikah keluar dari bilik air dan semua memandang ke
arahnya. Nuratikah sudah tersenyum lebar dan mengoyang-goyangkan pregnant test
tu.
“Alhamdullilah sayang.” Irfan awal-awal lagi terus mendapatkan Ika apabila
melihat Nuratikah mengoyangkan test tu dan bila di lihatnya ada dua jalur dan
itu menandakan Nuratikah pregnant dan dia terus mencium pipi isterinya kerana
terlalu gembira dengan berita baik tu.
“Alhamdullilah.” Yang lain pun mengucapkan syukur serentak.
“Sekarang dah taukan apa punca dia tak berapa bermayakan. So nanti Irfan
kau datang klinik ambil vitamin tuk Ika.
“Nanti Ika kita buat check-up susulan dan berapa lama period Ika lewat.”
Shamsul bertanya tuk memastikan berapa minggukan usia kandungan adiknya.
“Nak masuk 4 minggu dah.” Nuratikah menjawab sambil kepalanya terlentok di
bahu Irfan.
Petang tu riuh rumah Datin Nurshamsiah apabila kembar dah balik dari
sekolah dan keluarga Irfan pun sama turut berkumpul. Mereka seronok mendapat
berita baru kerana bakal menerima orang baru dalam keluarga mereka.
“Ika dulu bukan main benci kau dengan Irfan.. sekarang tengok tangan tu gak
di peluk siang malam.” Wafa mengusik Nuratikah sambil menyusukan Wawa.
“Itu dulu.. masa memang tengah benci sekarang tak boleh lagi dah.” Dia
berdua tergelak-gelak bila terkenangkan kisah sebelum Nuratikah mula boleh menerima
Irfan macam-macam kata keluar sebab benci sesangat.
“Abang!!.. sakit..” Nuratikah
dah menjerit mengejutkan Irfan.
“Ya Allah yang.. dah basah tilam nie.. sayang kencing atas katil ke?” Irfan
melompat dari katil terperanjat Nuratikah menjerit dan dalam masa yang sama dia
terasa tilam basah.
Tiba-tiba bunyi ketukan di pintu bilik. Irfan cepat-cepat membuka pintu dan
dia kemudian meluru mendapatkan Nuratikah yang dah mengerut-ngerut muka menahan
sakit. Dato Hanafiah dan Datin Nurshamsiah pun sama meluru mendapatkan Atikah.
Mereka sebenarnya pun terperanjat mendengar suara Atikah menjerit. Mereka
memang tengah menunggu masa untuk Atikah bersalin.
“Irfan! Dah bawa Ika ke hospital dia nak bersalin dah nie. Nie air ketuban
pun dah pecah. “
“Biar Ayah tukar seluar dulu dan startkan enjin kereta.” Dat Hanafiah
berkata sambil melangkah keluar.
“Bagi Ibu tudung Ika tu, kamu pergi tukar seluar takkan nak ke hospital
dengan pijamas nie.” Datin Nurshamsiah dah tergelak melihat kekalutan
menantunya, yelah orang tak ada pengalaman nak menerima kehadiran cahaya mata.
“ehh.. yelah ibu.” Dia tersengih dan terus mencapai seluar di dalam almari.
Datin nurshamsiah mencapai beg yang terisi barangan baby dan Ika yang memang
Ika telah sediakan dua hari sudah.
Irfan mencium dahi Nuratikah dan dia mengucap syukur kerana isterinya telah
selamat bersalin dan baby dia pun selamat, dia juga tumpang kasihan melihat
isterinya yang berhempas pulas untuk melahirkan anak sulung mereka ini, dan dia
juga sungguh teruja bila melihat anaknya keluar, senyum di bibirnya tidak
lekang dan dia teramat bersyukur ke hadrat ilahi.
“Haa.. tu Irfan.” Datin Kalsom dah bangun dan terus mendapatkan Irfan.
“Anak apa? Macam mana Ika? Dia ok ke?” Datin Kalsom bertanya macam peluru
berpandu pula.
“Mama nie bertanya sekali satu nafas, boleh semput macam nie.” Irfan sempat
lagi mengusik Datin Kalsom pada hal mama dia dah kerisauan mengenangkan menantu
dia.
“Irfan dapat hero!!” sambil peluk mamanya. Kedua orang tua Irfan dan
Nuratikah mengucapkan syukur.
“Ala comelnya dia.” Datin Nurshamsiah berkata kepada Datin Kalsom. Mereka
sungguh gembira tengok cucunya lahir sihat.
Irfan duduk sebelah Nuratikah sambil mengusap-usap bahu isterinya dan
mereka berdua tersenyum melihat kedua-dua orang tuanya sibuk nak mendukung
anaknya pada hal ini bukannya cucu sulung mereka pun. Irfan dan Nuratikah telah
sepakat untuk memberi nama anaknya Muhammad Alfian. Atikah sungguh bersyukur
kerana dia dapat berkongsi kasih dengan suami tercinta dan anak ini lagi
mengeratkan kasih sayang mereka.
p/s dah tamat