Di pejabat Dato Hanifah.
"Bagaimana mereka berdua? "
" Dah kurang bergurau dan luch time pun mereka dah tak makan bersama
lagi Datuk. " Setiausaha Datuk Hanifah memberitahu. Segala perhubungan
mereka di office telah di sampaikan oleh setiausaha Datuk Hanifah, Kira setiausaha
nie adalah spy kepada Datuk Hanifah dan Datuk Khairil.
"Tak pa..biarkan mereka, terlampau nak berahsia..biar mereka
kena." Dato Khairil pula berkata dan mereka bertiga ketawa bila memikirkan
hal itu.
Sudah seminggu Atikah dan Irfan menahan rindu, mereka masih bersikap biasa
di office dan berbual mesra di hadapan staff, tapi hati masing2 hanya tuhan
yang tahu kesedihan mereka. Hari ini Irfan mendapat balasan email dan Irfan
berjaya untuk menyambung belajar di UK, dia akan memberitahu papa nya di rumah
nanti. Tapi dia tidak menceritakan kepada Atikah kerana dia tak mahu Atikah
bersedih
" Assalamualaikum..." Atikah memberi slaam setelah pulang dari
office.
" Walaikumusalam.." Wafa menjawab salam, Wafa sudah jarang ke
butik mama nya kerana kandungannya dah 6 bulan dan dia mudah letih, mamanya dan
ibu melarang dia melakukan terlalu banyak kerja..
" Ohh..Ika, Why your face looked pale dear? " Wafa mengusap pipi
iparnya
" No..lah i'm fine, Cuma penat dengan office work je." Atikah
cuba berdalih..padahal hatinya susah memikirkan siapakah jodohnya dan beberapa
bulan lagi dia bakal menjadi isteri seseorang.
" Ehh..anak ibu dah balik." Atikah terus bersalam dengan ibunya.
" Ika naik atas mandi dulu ye Bu." Datin Nurshamsiah
menganggukkan kepala dan dia kasihan melihat satu satunya anak dara dia yang
dulu ceria kini lebih banyak mendiamkan diri dan kurang untuk berkata2 dan dia
percaya bila masa dan ketika itu tiba dia mesti akan berterima kasih kepada
semua.
Atikah dan Irfan sedikit pun tidak berbual pasal jodoh mereka dan mereka
hanya berbual mengenai kerja sahaja dan tiada lagi balasan sms antara mereka,
jadi Atikah tidak tahu bila majlis Irfan akan berlangsung begitu juga dengan
Irfan kerana semua orang tidak menceritakan apa2 kepada mereka, walaupun Irfan
kerap ke gym dengan Shamsul sedikit pun mulutnya tidak mahu bertanya mengenai
siapa bakal suami Atikah, baginya biarlah luka itu di pendamnya sendiri dan
mungkin dalam masa dia di UK luka itu akan sembuh sedikit demi sedikit.
" Ika lepas makan nie jangan naik atas dulu tau. Ayah ada benda nak
bincang nie."
" Baik Ayah." Atikah menjawab, Datin Nurshamsiah dan Wafa saling
berpandangan dan ada selarit senyuman di antara mereka.
selesai semua di meja makan dan selepas Atikah membantu mak Som mencuci
pinggan mangkuk dia pun membawa diri untuk duduk di depan Ayah dan Ibunya, Dah
berminggu dia tak duduk bersama2 keluarga,selalunya dia akan ada duduk bersama
keluarganya setiap kali selepas makan malam kerana membawa hati yang lara.
" Ika kami dah buat keputusan yang majlis akan di langsungkan dalam 3
minggu lagi kerana bakal suami kamu akan sambung belajar di oversea." Kata
Dato Hanifah
" Aaaa..cepatnya..tapi..Ika..Ika.." Atikah termati kata.
" Kenapa Ika? " Datin Nurshamsinar bertanya pula.
" Tak ada apa apa ibu, kalau itu keputusan Ayah dan Ibu Ika ikut
saja." Kata Atikah sambil menundukkan kepala bagi nya segalanya berpusing
sekarang ini.
" Syukur alhamdullilah kerana kamu setuju. Ayah tahu kamu seorang anak
yang baik dan kamu juga boleh menjadi isteri yang baik dan belajarlah menyayangi
suami kamu nanti." Menitik air mata Atikah apabila Ayah nya berkata begitu
dan terus di peluk Ibunya. Datin Nurshamsinar juga turun mengalirkan airmata
tapi bukan airmata sedih..ianya airmata gembira kerana anaknya seorang yang
patuh pada perintah kedua orang tua,walaupun hati nya tidak dapat menerima
lamaran untuknya tapi dia sanggup berkorban untuk kedua orang tuanya.
" Bersabar ye sayang..dan Ibu percaya kamu tidak akan menyesal dengan
keputusan yang kamu buat ini." Sambil mengusap kepala Atikah manakala Wafa
hanya memeluk lengan suaminya untuk menahan sedih.
persiapan perkahwinan di uruskan oleh keluarga mereka tidak mahu
menyibukkan diri dengan urusan persiapan, dan semasa mengukur baju untuk nikah
dan bersanding pun mereka ikut je arahan ibu dan mama tapi mereka tidak pergi
serentak..kalau tak habis lah plan. Di office Dato Hanifah dan Dato Khairil
telah berpesan kepada ke semua staff supaya mengunci mulut mereka dari
menceritakan hal majlis nanti, sebenarnya hanya Atikah dan Irfan je yang tidak
mengetahui bahawa mereka berdua akan di satukan. Tambahan Atikah mula bercuti
walaupun majlis berlangsung lagi 2 minggu. Dia tidak sanggup lagi bertembung
dengan Irfan dan dia takut untuk melepaskan Irfan dari hatinya begitu juga
dengan Irfan.
" Irfan nak ikut mama tengok hotel tak, mama nak tengok dia orang
siapkan pelamin nie..2 hari lagi majlis kamu dah nak berlangsung."
" Tak pa lah, mama pergi je lah dengan kakak, Irfan mengantuk."
dia memberi alasan, biarlah.pada hari langsung nanti dia akan melihat juga rupa
pelamin itu.
"Ok lah nanti jangan menyesal pula kalau tak cukup itu ini."
Nafisa pula menyampuk.
" Tak pa." Dan Irfan terus naik ke biliknya, Nafisa dan mama
hanya tersenyum dengan putera kecewa itu.
Esok tamatlah sudah status anak dara yang di pegang Atikah,kerana dia akan
di ijab kabul kan esok selepas solat asar. Dan malam ini jarinya telah di
penuhi dengan inai dan juga ukiran. Riuh rendah suara saudara maranya di banglo
Dato Hanifah. Irfan pula semalam sudah minta izin kepada mama untuk bermalam di
hotel, kononnya dia nak menyepi tetapi, sepupu lelakinya telah duduk sama di
bilik hotel itu. Mama awal2 lagi dah tempah bilik bila Irfan kata nak tidur di
hotel sebelum majlis berlangsung. Dan hotel yang untuk majlis berlangsung
mamanya telah menempah suite dan telah di hias cantik untuk bakal pengantin.
" Kau nie Ika.. wan tengok.. sodih yo..apo ko macam nie ghoman kau..orang
nak nikah nie muko tu biar lah besori..." Wan Maimon menegur Atikah dan
dia juga tahu apa yang berlaku sebenarnya, dia juga suka Irfan menjadi cucu
menantu nya.
" Tak da lah wan, Ika biasa je..cuma risaukan hari yang bakal
berlangsung esok." Atikah cuba berselindung dari kesedihannya itu.
"Dah..tak payah kau nak risau an doh..sonyum sikit.. nie wan nak
posan, dongar dan patuh cakap suami tu,jangan di lawan pasal syurgo di telapak
kaki suami, dan cubo2 lah cinta kek suami tu yo..mulo2 memanglah tak berapo nak
berkonankan tapi kalau kau cubo tanam kan sifat sayang tu lamo2 kau cinta jugak
lah kek dio." Wan Maimon menasihat dan mengusik Atikah.
" Wan nie..ada saja kan.." Atikah tersenyum dengan usikan wan nya
itu.
Penantian dalam penyiksaan tiba juga. Selepas solat jumaat Irfan balik dan
bersiap di bilik hotel. orang kuatnya adalah Saiful dan Safwan, Dia memakai
baju melayu putih dan samping serta siap bersongkok. dia nampak segak tapi hati
nya tetap bersedih. Tapi dia telah bertawakal dan berdoa supaya buka kan pintu
hatinya untuk mencintai bakal isterinya ini. Setelah masuk ke dalam kereta
suatu kejutan telah berlaku.
“Jap..jap.. baru abang perasan.. kenapa kamu berdua ada di sini..bukan kamu
patut ada di rumah sekarang nie.” Irfan sedikit kehairanan.
“Kak Ika angkat nikah malam nanti..so kami banyak masa lagi..dah tu aunty
yang suruh kami temankan abang sekali..kesian pula dengan abang ikhwan tu..”
mereka bertiga tersengih-sengih manakala Irfan mengaru-garu kepalanya.
“macam-macam lah kau orang bertiga nie..” Irfan terus membuka pintu kereta.
" Ehh..Tak nak la..." Irfan membantah.
" Tak boleh abang nie arahan papa abang dan kami hanya ikut apa yang
uncle suruh dan uncle juga kata yang abang nie anak yg taat kepada orang tua.
Tak kan abang nak ingkar kata uncle." Safwan cuba memujuk Irfan.
Irfan akur dan menurut apa yang di suruh oleh kembar dan dia hairan tak
pernah di buat orang nak pergi bernikah kena tutup mata bagai..surprise
sesangat lah nie.
Atikah di dalam bilik sudah hampir siap, dia mengenakan kebaya moden dari
kain lace, dia kelihatan sungguh cantik dan berseri seri, Wafa, Rozida dan
Adlina sentiasa bersamanya di dalam bilik. Wafa memang tak di beri membuat
kerja kerana kandungan nya sudah 7 bulan lebih. Bagi dia semuanya ok je tapi
Ibu dan Mama yang melarang.
" Pengantin lelaki dah sampai" Shamsul masuk ke bilik memaklumkan
kepada Atikah. Dan degupan jantung Atikah semakin kencang dan dia rasa seram
dingin, dia memikirkan harus atau tidak untuk dia bertemu dulu dengan bakal
suaminya sebelum dia sah menjadi isteri kepada pasangan nya itu.
Di bawah pula Irfan terpaksa berjalan sambil di pimpin oleh Saiful dan
Safwan, dia tak di benarkan membuka penutup mata itu sehingga dia duduk di
hadapan kadi. Tuan kadi telah di terangkan oleh Dato Hanifah dan Dato Khairil
tentang perkara ini. Setelah dia duduk, penutup matanya di buka dan dia berasa
malu juga kerana sekelilingnya telah ramai orang dan tersenyum2 memandangnya..
Irfan menundukkan kepala dan dia rasa seperti pernah ke rumah ini tapi dia tak
pasti kerana dia tak mahu melihat keliling lebih baik dia hanya menundukkan
kepala.
Di bilik pengantin.
" Wafa please cakap ngan Ayah izin kan Ika bertemu dengan bakal suami
Ika dulu." Atikah merayu kepada Wafa..Akhirnya Atikah menukar fikirannya
untuk bertemu dahulu dengan bakal suaminya.
" Kejap ye..Wafa panggil abang." Wafa keluar dari bilik dan
melambai ke bawah ke arah suaminya. Dan Shamsul cepat cepat naik ke atas kerana
dia tak mahu adik dia buat hal.
" Kenapa sayang? " Shamsul bertanya di separuh tangga.
" Ika nak cakap dengan Ayah dulu dan dia nak minta izin berjumpa
dengan bakal suami dia dulu."
" Ohh..itu jap abang bagi tau ayah." Shamsul berlari turun dan
terus di khabarkan permintaan Atikah itu. Dalam masa yang sama Irfan hairan
kenapa Shamsul yang sibuk bercakap dengan Dato Hanifah. Belum habis dia nak
bermain teka teki di dlm kepalanya tuan kadi telah menyuruh dia untuk bertemu
dengan bakal isterinya dahulu.
" Mari sini aku ikut kau Irfan, kang aku takut kau kok pengsan."
Shamsul sempat berlawak.
" Banyak lah kau punya pengsan." Irfan tersenyum dan menjeling
Sebelum masuk ke bilik Irfan memberi salam.
" Assalamualaikum.."
" Walaikumusalam.." Wafa menjawab, Adlina dan Rozida keluar dari
bilik dan membiarkan mereka berempat untuk bercakap dahulu.
" Abang!" Alangkah terkejutnya Atikah dan Irfan bila tengok yang
mereka di jodohkan berdua.. Atikah terus mengalirkan airmata.
" Woi Ika habis make up kau… menangis dah jadi comot." Shamsul
menusik adiknya,sebenarnya dia pun sedih juga melihat keadaan kedua2 nya
sebelum ini.
" Dah jangan menangis nak kawin ke tak nie..dah bro lepas nie kau
tataplah muka Ika tu,tak payah buat muka seposen tu lagi..senyum tu kasi
sampaikan ke telinga." Shamsul menepuk bahu Atikah dan Irfan serentak.
Irfan juga bergenang airmata kerana tak sangka rupanya bakal isterinya
adalah orang yang paling di cintainya..sungguh pandai mereka semua menjalankan
rancangan.
"Atikah setuju ke tidak dengan bakal suami kamu yang ayah nak nikah
kan nie." Tanya Dato Hanifah yang muncul tiba-tiba di muka pintu.
" Setuju ayah." Atikah menjawab malu kepada ayahnya sambil di
pandang oleh Irfan.
" Kalau macam tu senyum sikit, Ayah nak tengok anak ayah senyum dulu
kalau tak ayah cancel kan je." Dato Hanifah masih boleh sempat melawak.
Atikah tersenyum ke arah Ayah dan Irfan.
Dengan sekali lafaz dan dan berwalikan Dato Hanifah, Nuratikah dan Khairul
Irfan sah menjadi suami isteri. Tetamu semua menjamu selera di luar khemah yang
telah di sediakan. Malam pula akan ada majlis berinai kecil. Selesai majlis
berinai Irfan berjumpa Atikah dan dia juga berterima kasih kerana tidak
membantah pilihan kedua orang tua mereka.
Mereka tiada peluang untuk berdua kerana banyak yang menyakat dan katanya
kalau nak berdua tunggu lepas majlis di hotel esok.
#################
Majlis yang berlangsung di hotel sebentar tadi berjalan dengan lancar dan
ramai tetamu yang memuji pasangan pengantin.
Dato Hanifah, Datin Nurshamsiah, Dato Khairil dan Datin Kalsom tersenyum
puas kerana hajat mereka tercapai dan majlis pun selesai dengan selamatnya. Pasangan
pengantin pula tidak balik ke rumah tapi mereka terus ke suite ke tingkat atas
hotel yang memang telah di tempah oleh Datin Kalsom.
Selesai Atikah mandi di lihatnya Irfan telah terlelap di atas katil. Atikah
mengeluarkan pakaian untuk di pakai dan dia juga membuka beg Irfan untuk
menyediakan pakaian suaminya kerana dia nak berjemaah solat maghrib bersama
suaminya.
" Abang.. Bangun mandilah dulu lagi setengah jam dah nak maghrib."
Irfan malas-malas untuk membuka mata dan tersenyum ke arah isterinya. Dia
bangun dan duduk di tepi katil dan di tarik nya Atikah ke dalam pelukannya dan
satu ciuman hinggap ke dahi isterinya.
" Thanks dear" dan memeluk isterinya. Atikah rasa malu juga
dengan cara Irfan tapi dia tidak mengelak kerana itu suaminya.
" Mandi dululah, lepas nie kita boleh solat bersama." Atikah
bersuara lagi..dia tak nak melayan dahulu takut nanti terlebih pula.
Dalam masa Irfan mandi Atikah menyediakan sejadah dan dia tak sangka akan
solat berjemaah dan berimam kan suaminya, dia teramat bersyukur dengan rahmat
allah.
Selesai solat mereka bersiap untuk makan malam di restoran di bawah. Tak
sangka mama telah menyusun atur segala program untuk mereka berdua malam ini.
Mula ingatkan makan biasa sahaja tapi
ada special 'candle light dinner' di kesuraman lampu dan mereka makan sambil
berbual dan bergurau. Setelah itu mereka naik ke bilik semula.
" Abang.. jadi permohonan abang untuk belajar sudah di luluskan ke?
" Atikah bertanya sambil memeluk suaminya.
" Sudah sayang, lagi 3 minggu abang akan ke UK." sambil mengusap
usap bahu isterinya.
"Habis bagaimana dengan Ika..Berapa lama abang nak ke sana."
Atikah mula duduk mengadap muka Irfan untuk mendapatkan kepastian.
" 4 Tahun, kan abang nak sambung PHD, dan abang tak akan tinggal kan
sayang, kita pergi bersama." Sambil mencuit hidung Atikah dan menariknya
ke dalam pelukannya semula.
" Mula memang abang nak membawa diri yang lara, tapi abang di paksa
juga untuk berkahwin, dan abang terpaksa akur perintah orang tua, Abang tak
sanggup tengok muka mama yang macam terlalu mengharapkan abang." Irfan
bercerita.
" Tapi kan bang macam mana mereka tau kita saling suka sama
suka." Atikah mempersoalkan
" Tu lah abang sendiri Hairan, Tapi yang abang bersyukur sangat
rupanya Ika adalah jodoh abang dan abang harap kita akan menjadi pasangan suami
isteri yang bahagia." Sambil memeluk Atikah dan satu tangan lagi menutup
lampu tidur dan mereka melayarkan bahtera.
Selepas sarapan di hotel mereka berdua balik ke rumah, Atikah tidak ke
rumahnya tapi terus Irfan bawa balik ke rumah dia. Dan dalam masa 3 minggu ini
dia akan tinggal bersama mertuanya. selang 1 jam mereka sekeluarga terus ke
rumah Atikah kerana keluarga besar Atikah masih di rumah dan belum balaik ke
kampung lagi.
" Wah pengantin baru sampai lah" Shamsul berteriak ke dalam
rumah. Selepas bersalam, berpeluk mereka semua duduk berbual beramai ramai.
" Macam mano raso ehh sekarang nie kau orang berduo..suko tak."
Wan Maimon bertanya.
" Omak nie ado ko di tanyo yang itu, malu lah dio orang nak
jawab." Jawab pak su Atikah, Atikah dan Irfan tersenyum sahaja.
" Tulah nak berahsia konon yang awak tu couple..ha kau ambik
sebiji..masing-masing muka macam ayam berak kapur, tapi masih nak
berahsia.." Shamsul mula membuka cerita mereka
"Hahahahahahaha.." gamat dengan ketawa mereka semua.
"Sebenarnya kami dah tahu hal kamu berdua nie sebelum abang Shamsul
kawin lagi." Datin Nurshamsiah berkata di ikuti anggukan keluarga yang
lain.
" Haa..!! " Atikah dan Irfan terperanjat, rupanya dalam berahsia
tapi awal2 lagi terbongkar tanpa mereka sendiri sedari.
" Ini buktinya, penat abang simpan sebagai bukti dalam phone
nie..lepas nie boleh delete dah." sekali lagi mereka semua ketawa.
Atikah dan Irfan tersenyum kerana termasuk dalam perangkap sendiri.
" Yelah som nak tunggu dua-dua nie buka mulut bukannya senang, depan
kita bercakaran rupa kat belakang berkasihan." Datin Nurshamsiah memerli
sambil tersenyum.
"Tapi Siah yang syukurnya anak-anak kita nie nak mendengar arahan kita
walaupun sanggup bekorban cinta tu." Datin Kalsom menambah
Kedua duanya hanya tersenyum kerana kedua duanya telah di kenakan habis
habisan oleh keluarga mereka.