Sunday 26 January 2014

Adakah ini takdirku 36


Berita pertunangan Khalijah dan Zakuan akhirnya di ketahui juga oleh rakan sekerja mereka. Ada yang gembira dengan berita itu dan ada yang rasa cemburu dengan Khalijah kerana baru beberapa bulan dia berkhidmat di hospital itu tetapi telah berjaya menawan hati Zakuan.

“Ija! Karang kita lunch sama ya.” Zakuan datang merapati Khalijah yang sedang berjalan untuk masuk ke farmasi.

“Ehh… Lunch? Di sini ke?” Khalijh bertanya.

“Ya lah… Saya ajak lunch dekat sini lah.” Zakuan mengangukkan kepalanya.

“Tak nak lah… Kalau kat luar ok lah sikit… Nanti dekat sini banyak gossip.” Khalijah cepat-cepat menolak pelawaan Zakuan itu.

“Aik… Gossip apanya… Saya nak lunch dengan tunang sendiri pun takkan tak boleh… Sampai bila kita nak risau apa orang kata… mulut orang ni memang tak boleh nak di tutup dari mengata… Biarkan mereka, dah penat nanti diamlah mereka… Yang penting kita tahu apa yang kita buat.” Zakuan mula menegur Khalijah.

“Awak tak apalah… Sebab dia orang ada rasa hormat dengan awak… Saya nie yang jadi mangsa kena perli... Kadang-kadang rasa macam segan pula dengan mereka dah macam saya ni merampas awak dari mereka.” Khalijah berkata perlahan dan menundukkan kepalanya.

“Ija! Apa saya katakan tadi… Pedulikan mereka yang hendak mengata… Dan saya ada sebab mengapa saya sukakan awak dan sanggup mengambil awak untuk menjadi suri hidup saya… Semuanya kerana sesuatu yang istimewa yang ada pada awak dan tiada pada mereka… So lunch karang tunggu saya… kita lunch sama-sama.” Zakuan memujuk Khalijah dan dia tetap dengan keputusannya untuk makan tengah hari bersama di kantin nanti, merah juga muka Khalijah selepas mendengar pengakuan dari mulut Zakuan.

“Okay lah… Saya yang menurut perintah tuan Doktor.” Khalijah mengangkat tangan dan memberi tabik kepada Zakuan.

“Ha…Ha… Ha… ada-ada saja awak ni. Saya nak pergi wad kanak-kanak dah ni… kerja elok-elok dan jangan berangankan saya sangat… nanti tak pasal-pasal ada patient salah dapat ubat.” Zakuan mengusik Khalijah.

“Ishhh… Tak kuasa nak berangankan awak… kalau saya berangan date dengan Lee Min Ho lagi best.” Khalijah pula melawak.

“Sibuk dengan korean dia tu.” Zakuan terus mencebik kemudian dia tersenyum kerana dia suka mengusik Khalijah.

“Jealous lah tu.”Khalijah berkata.

“Ishhh… Tak kuasa saya nak jealous sebab nanti yang dapat awak tu saya juga…Ha…Ha... Ha…” Zakuan ketawa sedikit kuat kerana sekali lagi dia dapat mengenakan Khalijah.

“Shhh… Amboi gelak tak boleh cover… Dah saya nak masuk dalam, lama-lama di sini ada pula yang perli saya.” Khalijah terus mengenggam tombol pintu untuk di buka.

“Haa.. Iyalah… See you later.” Zakuan pun meneruskan perjalanannya untuk ke wad kanak-kanak.

####################

“Amboi! Makan berdua nampak.” Tiba-tiba Zainab menegur Zakuan dan Khalijah, Zainab adalah senior doktor di hospital.

“Ehh… Jemput makan doktor.” Khalijah tersenyum dan mempelawa doktor Zainab untuk makan bersama mereka berdua.

“Tak apalah… Saya tak nak ganggu kamu berdua, tapi darah tengah manis ni jangan dating selalu.” Doktor zainab mengusik mereka.

“He he he… Baru hari ni saya dapat dating dengan dia dekat kantin ni doktor… Kalau tak tu payah juga nak ajak dia makan sama… Dia takut orang mengata.” Zakuan berkata kepada doktor Zainab.

“Khalijah! Kamu perdulikan orang yang mengatakan… Asalkan kamu tahu apa yang kamu buat dan tidak melanggar perintah agama… InsyAllah semuanya akan terpelihara.” Sempat doktor Zainab menasihati Khalijah.

“Terima kasih doktor… InsyAllah saya akan ingat pesanan itu.”jawab Khalijah.

“Marilah doktor join kami sama.” Sekali lagi doktor Zainab di pelawa tetapi kali ini Zakuan pula yang mengajaknya.

“Tak apa… Saya nak beli kuih saja... Sebab saya nak balik awal hari ini… Ada hal sikit.” Doktor Zainab menolak pelawa mereka.

“Ohhh… Ya ke?” Khalijah menjawab pendek.

“Saya minta diri dulu ya… Maaflah mengacau kamu berdua saja.” Doktor Zainab berkata lagi.
“Ehh.. Tak ada apa-apalah Doktor.” Kata Zakuan.

“Saya pergi dulu… Assalamualaikum.” Doktor Zainab memberi salam dan meninggalkan mereka.
“Walaikumusalam..” Zakuan dan khalijah menjawab serentak.

Mereka meneruskan perbualan.

“Abang Que call saya semalam… Katanya next week awak nak pergi kedah… Dia ada ajak saya pergi sama.”

“Habis awak nak ikut ke?” Khalijah terus memotong cakap zakuan.

“Lajunya memotong…” Zakuan menegur Khalijah.

“He…He…He…” Khalijah tersengeh dengan menampakkan gigi yang putih dan cantik tersusun.

“Saya dah check jadual… saya habis kerja Friday morning tu dan Saturday Sunday pun kebetulan saya cuti.” Terang Zakuan.

“Habis tu awak ikut ke?” Khalijah terus bertanya lagi kepada Zakuan.

“Kenapa? Awak tak bagi saya ikut ke?” Zakuan pula bertanya kepada Khalijah.

“Bukan macam tu… Takut nanti awak penat dah tu Monday awak kerjakan.” Khalijah berkata lagi.

“Saya dah apply cutilah… Sayang juga awak dekat saya ye… dulu pandang saya pun tak nak.” Zakuan mengusik Khalijah.

“Mengada-ngada… Sapa yang sayang dia tu... Tak malu.” Khalijah buat-buat seperti meluat dengan kata-kata Zakuan tetapi dia menahan malu apabila di usik oleh Zakuan begitu.

“Yelah… Sapalah saya ni… Rupa ada… Handsome pula tu.” Zakuan berkata sambil mecebikkan bibirnya.

“Ekk eleh.. itu bukan merendahkan diri… Itu membanggakan diri sendiri namanya… Gedik lah pula doktor Zakuan ni.” Khalijah tersengih sambil mengutuk Zakuan.

“Ha…Ha…Ha… Dah tunang saya tak mahu puji… saya pujilah diri sendiri.”Katanya.

“Senak perut dengar ayat perasan awak ni… Dah lah saya nak naik dulu… Awak dah habis ke?” Khalijah bertanya kerana dia sudah selesai makan dan ada lagi lima belas minit sebelum masa rehatnya berakhir.

“Jomlah saya pun dah habis.” Zakuan berkata sambil melihat ke dalam cawan untuk memastikan air minumannya habis.

Mereka berjalan beiringan untuk naik ke tingkat satu. Ada juga yang memandang mereka berdua dengan perasaan cemburu kerana selama ini Zakuan tidak pernah makan bersama nurse dan pekerja wanita lain melainkan dengan rakan lelaki ataupun senior doktor yang perempuan sahaja.

#################

“Ohhh! Diam-diam Abang Que cakap dengan Zakuan pasal kita pergi Kedah tu ya.” Khalijah terus menerjah Khairil Qushairy.

“Kan Abang dah cakap yang Abang akan ajak dia…Tapi dia belum beri kata putus lagi.” Jawab Khairil Qushairy.

“Dia dah siap booking cuti lagi sebab nak pergi sama.” Khalijah berkata.

“Dia dah beritahu Ija ke?” Khairil Qushairy bertanya.

“Haa ahh… Tadi masa kami lunch sama, dia beritahu Ija… Itu pun sebab Ija yang tanya dia, kalau tak mesti dia buat plan dengan Abang Que saja.” Khalijah berkata lagi.

“Elehhh… apa itu pun nak jeles ke?” Khairil Qushairy mengusik Khalijah.

“Ishhh… Tak kuasa saya.” Khalijah menjawab sambil terus memeluk tubuh dan mengangkat kakinya bersila di atas sofa.

“Sayang nanti kita naik kereta kita dan biarkan Ija naik kereta dengan Zakuan ya.” Khairil Qushairy berkata sambil merebahkan kepalanya ke bahu Syuhada.

“Buat apa nak konvoi… Kita naik satu kereta sajalah bang.” Syuhada tidak setuju dengan cadangan Khairil Qushairy.

“Tah nya… kedekut orang naik kereta dia lah tu.” Khalijah mencebik bibir.

“Alamak sayang ni… Abang ingatkan sayang back up Abang… Abang just nak usik Ija lah.” Khairil Qushairy terus tegakkan kepalanya dan memandang Syuhada dan mengerutkan dahinya.

“Laa… Kenapa tak beritahu awal-awal… Atleast bagilah signal.” Syuhada ketawa kerana plan khairil Qushairy hendak mengenakan Khalijah tidak menjadi.

“Kah… Kah… Kah… itulah niat tak baik nak mengenakan orang… kan dah kena diri sendiri, Amboi kau Hada sama jer sepakat dengan laki kau yang sengal ni kan.” Khalijah mentertawakan khairil Qushairy dan dia sempat juga mengutuk Syuhada.

“Ehh… Dah isteri Abang mestilah dia sepakat dengan Abang… Jeles lah tu.” Khairil Qushairy mengusik Khalijah lagi.

“Tak kuasa nak jeles dengan Abang Que… Perangai macam budak-budak… Wekkk…” Khalijah menjelirkan lidah kepada khairil Qushairy.

“Apa sajalah kamu berdua nie… macam bebudak.” Datin Roziah menegur mereka, Khairil Qushairy ketawa apabila Khalijah menjelirkan lidah kepadanya. Syuhada turun ketawa dan mengelengkan kepala kerana gelihati melihat kedua beradik ini.

“Abang Que lah mummy kalau tak usik Ija tak sah.” Khalijah mengadu kepada Datin Roziah.

“Macam mana perancangan kamu nak ke sana ni nanti.” Datin Roziah bertanya.

“Ija! Zakuan ada cakap ke bila dia start cuti.” Khairil Qushairy bertanya kepada Khalijah.

“Ada… Dia kata hari jumaat tu dia habis sebelah pagi dan kalau abang Que nak gerak sebelah malam pun boleh kut, sebab Ija kerja hari jumaat tu.

“Kalau macam tu hari sabtu pagi tulah kita gerak.” Syuhada berkata.

“Ok juga tu… Jumaat pun Abang kerja… Tapi Hada nak off ke hari jumaat tu.” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada.

“Ehhh… Tak payahlah… Nanti tertangguh kerja pula.” Syuhada berkata.

“Amboi! Mentang-mentang dia bos… Siap offer cuti dekat bini dia lagi tu.” Khalijah mengusik.

“Haa… Tu untungnya kerja dengan suami.” Syuhada mengusik Khalijah semula.

“Menyampah dengan ayat kau…” Khalijah mengerling Syuhada kemudian dia tersengih.

“Jangan jeles haaa…” Khairil Qushairy pula berkata dan terus mengambil tangan Syuhada dan di genggamnya.

“Tapi kalau macam tu nanti Abang Que bagi tahu Zakuan lah pasal plan Abang Que ni.” Khalijah menyerahkan kepada Khairil Qushairy.

“Ehh… Ija sampaikan jer lah.” Khairil Qushairy memandang Khalijah.

“Ehhhh tak ada… tak ada… Abang Que yang ajak dia dah tu Abang Que gak yang plan itu ini… So Abang Que bagi tahu dia… Muktamad.” Khalijah berkata sambil mengeratkan peluk tubuhnya lagi.

“Aik… Pasal nak bagi tahu tu pun boleh jadi hal… apalah kamu berdua ni.” Tiba-tiba Datuk Sahak menyampuk setelah dia lama berdiam kerana bermain dengan Izara.

“Yelah Pa… Abang Que yang nak itu ini… So dia kenalah bagi tahu Zakuan.” Khalijah cuba untuk memenangkan dirinya.

“Iyalah… Abang call dia esok… puas hati…” Khairil Qushairy berkata sambil sengaja menbuntangkan matanya kepada Khalijah.

“Ishhh… Abang ni.” Syuhada melepuk perlahan lengan Khairil Qushairy kerana berperangai seperti budak-budak.

“Hahaha… Kalah…” Khalijah sengaja mengejek Khairil Qushairy.

“Pening Mummy tengok dua beradik ni lah…” Datin Roziah membebel.

“Mummy kak Idah balik bila?” Khalijah bertanya tentang Khalidah kepada Datin Roziah. Khalidah ada urusan di Sabah.

“Lusa dia balik kut.” Datin Roziah berkata.

“Ija nak call kak Idah suruh tolong belikan brooch pearl… Kau nak ke Hada.” Khalijah bertanya kepada Syuhada pula.

“Ehhh boleh gak… Kau suruh kak Idah beli lebih nanti aku bayarlah dekat dia balik.” Syuhada terus teruja apabila terkenangkan tentang mutiara.

Ok… Esok aku call dia, sekarang ni takut dia tengah berehat ke… Malas nak ganggu dia.” Khalijah berkata lagi.

Dalam mereka berbual semua terhenti sekejap kerana melihat keletah Izara, sekarang ini semakin lasak dia sudah pandai menapak tetapi masih bergantung, dia masih takut-takut untuk melepaskan tangannya sambil buat kerja sambil mulut membebel, bising saja mulutnya.

“Abang! Rasa awak kita ni boleh dapat menantu lelaki lagi tak… Idah tu sibuk dengan kerja dia saja tak pernah pun dengar dia cerita pasal teman lelaki.” Datin Roziah mula menunjukkan kegusarannya apabila terkenangkan anak daranya yang seorang itu.

“Awak ni… Ada jodoh dia nanti tu kawin lah dia… Kalau susah sangat awak carikan saja untuk dia.” Datuk Sahak menjawab selamba tanpa menunjukkan riak kerisauan.

“Awak tu tak adalah risau tentang anak tukan… Dia perempuan dan saya kalau boleh nak tengok anak-anak bahagia sebelum saya menutup mata.” Datin Roziah berkata sayu… Khairil Qushairy, Syuhada dan Khalijah hanya saling berpandangan apabila Datin Roziah berkata begitu.

“Mummy! Janganlah cakap macam tu, Pasti ada jodoh untuk kak idah tu… Tak pun mummy buat macam yang papa katakan tu… Tak gitu Pa?” Khalijah cuba memujuk Datin Roziah.

“Betul tu mummy… Mummy kan ramai kenalan dan pasti mereka ada anak-anak bujang so cuba try test lah.” Khairil Qushairy pula menyampuk.

“Cehhh… Cuba try test… Ingat nie uji kaji ke?” Syuhada menegur Khairil Qushairy.

“Hahaha…” Khairil Qushairy ketawa.

“Laki kau tu sengal sikit… Nak-nak dapat pula bini macam kau… Bertambah menjadi sengal dia sekarang ni.” Khalijah berkata dan terus dia ketawa.

“Kurang asam punya Ija dengan aku sekali kau kenakan.” Syuhada turut tergelak kerana dia turut di kenakan oleh Khalijah.

####################

Selamat sudah mereka sampai di kedah, mereka menetap di homestay yang telah di tempahkan oleh Azizah untuk mereka. Syuhada telah meminta Azizah mencari homestay yang tiga bilik untuk mereka menginap satu malam dua hari. Apabila Azizah bertanya kenapa sampai tiga bilik mengapa tidak tidur saja di rumahnya, tetapi Syuhada memberi alasan kerana ada saudara yang lain mahu datang sama tetapi mereka ada urusan lain, pandai Syuhada dan Khalijah mereka cerita kerana mereka ingin membuat surprise semasa bertemu dengan Azizah dan rakan-rakannya yang lain nanti.

“Arghhhhh… “ Khalijah mengeliat untuk merenggangkan badan yang terasa penat duduk lama di dalam kereta.

“Amboi! Agak-agaklah mengeliat tu anak dara oii… Kalau di tengok orang lain, buruk bebenor.” Syuhada menegur perlakuan Khalijah.

“Macamlah dia yang drive.” Khairil Qushairy pula menyampuk setelah keluar dari kereta, Zakuan hanya tersenyum memandang Khalijah.

“Abang Que! Duduk pun penatlah.” Khalijah membalas kata-kata khairil Qushairy dan terus menyangkutkan handbag di bahunya.

“Oii! Dah sampai dah.” Tiba-tiba seseorang menjerit setelah ternampak Syuhada dan Khalijah.

“Wei Tina… Balqis!! Syuhada dan Khalijah sama-sama terjerit dan berpelukan sesama mereka melepaskan kerinduan.

“Ya Allah rindunya aku dengan kau orang berdua.” Balqis berkata sambil memeluk bahu Syuhada dan khalijah serentak.

“Aku pun rindu dengan kau orang juga.”Khalijah pula berkata kepada Balqis dan Qistina.

“Ija!! Hada!!” Shazana pula berlari keluar dan menjerit keriangan bertemu Syuhada dan Khalijah, sekali lagi mereka berpelukkan. Khairil Qushairy dan Zakuan hanya mengelengkan kepala dan turut tersenyum melihat gelagat mereka.

“Wei Ija! Abang kau ikut sama… Tu yang handsome sorang lagi tu sapa.” Shazana bertanya.

“Haa ahh… Sabarlah dulu bertanya tak boleh satu-satu ke?.” Khalijah berkata.

Shazana, Balqis dan Qistina turut duduk di homestay yang menempatkan Syuhada dan Khalijah, Azizah telah memaklumkan kepada mereka bertiga bahawa Syuhada dan Khalijah ingin duduk di homestay dan kerana itu mereka bertiga juga meminta Azizah menempah untuk mereka.Khairil Qushairy telah pun berjumpa dengan tuan rumah untuk mengambil kunci rumah dan juga membuat pembayaran siap.

“Alaaa… Izara sayang pun ada.” Balqis berkata setelah melihat khairil Qushairy mengangkat Izara keluar.

“Ma.” Izara memanggil Syuhada. Izara sudah pandai bercakap sikit-sikit tetapi sepatah-sepatah sahaja.

“Dah pandai bercakap ke dia.”Qistina pula bertanya  setelah Syuhada mengambil Izara dari dukungan Khairil Qushairy.

“Boleh lah… Sepatah-sepatah.” Jawab Syuhada.

“Tapi dia panggil kau Ma?” Syazana pula bertanya.

Syuhada tersenyum dan memandang Khalijah.

“Dah memang Mama dia… So dia panggil Mama lah.” Khalijah pula tolong menjawabkan bagi pihak Syuhada.

“Kira kau ni memang sah menjadi mak angkat dialah ya.” Qistina pula bertanya.

“Bukan mak angkatlah… Mak betul Cuma bukan Mama nie saja yang lahirkan dia.” Khalijah berkata lagi, Syuhada hanya ketawa kerana dia ingin membiarkan kawan-kawannya itu berteka teki.

“Wei! Cakap lah betul… Tak faham akulah.” Qistina sudah kepeningan.

“Oklah… Aku bagi tahu perkara sebenar… Aku sudah bernikah dengan Abang Que.” Syuhada berterus terang, mereka bertiga terus terkejut dengan apa yang di beritahu oleh Syuhada.

“Apa?” Mereka bertiga bertanya serentak kemudian terus memandang Khairil Qushairy yang sedang mengangkat beg untuk di bawa masuk ke dalam rumah.

“Ya… Itulah jawapan aku… Aku adalah isteri kepada Khairil Qushairy merangkap kakak ipar kepada Khalijah.” Syuhada berkata lagi dan kemudian dia tersenyum.

“Sampai hati kau tak bagi tahu kami pun kau dah berkahwin… Buat majlis pun tak nak jemput kami… Yelah kami sedarlah kami ni siapa.” Tiba-tiba Balqis rasa seperti merajuk kerana terasa mereka seperti di pinggirkan.

“Janganlah cakap macam tu… Majlis belum buat lagilah, kami nikah dulu… buat yang wajib dahulu itu pun ini semua atas arahan nenek aku, kalau tak kami hanya hendak bertunang dulu.” Terang Syuhada sambil memujuk Balqis.

“Haa… Yang tu jangan pula kata suami kau Ija.” Syazana memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah Zakuan yang sedang duduk di tembok rumah dan berbual dengan Khairil Qushairy.

“Ehh… Gila kau… Aku belum kawin lagi… Tapi dia tu tunang aku.” Khalijah tersengeh-sengeh semasa berkata.

“Tunang? Melepas aku nak usha.” Syazana berkata.

“Amboi! Amboi! Jangan mau lebih haa..” Khalijah membulatkan matanya kepada Syazana.

“Aku ingat dulu nak usha Abang kau… Sekali Hada dah kebaslah.” Syazana berkata seperti kehampaan tetapi dia sekadar bergurau sahaja.

“Pembetulan… Abang aku yang kebas Hada… Dia yang merayu hendakkan Hada tau.” Khalijah berkata perlahan kepada mereka bertiga kerana takut Khairil Qushairy terdengar.

“Amboi! Sedap kutuk laki chek no.” Syuhada berkata di dalam loghat kedah.

“Chek tak kutuk na… chek habak ja.” Khalijah membalasnya kemudian terkekek-kekek mereka berlima.

“Mari dekat aunty Balqis sayang.” Balqis menghulur tangan untuk mengambil Izara tetapi Izara menolak huluran tangan Balqis.

“Amboi sombong dengan aunty ya.” Balqis mencuit pipi Izara.

“Dia baru jumpa kau tu Balqis… tungu enjin dia dah panas karang hendak lah dia tu.” Syuhada berkata sambil tersenyum menmandang Izara.

“Hada! Masuk dululah… Ajaklah kawan-kawan tu berbual di sini.” Tiba-tiba Khairil Qushairy memanggilnya, kerana keseronokan berjumpa sehingga lupa yang mereka berbual sambil berdiri.

“Alamak… Ada suara sudah memanggil tu… Macam ni… Kau orang rehat dulu karang bila nak pergi rumah Azizah aku panggil kau orang.” Shazana berkata. Mereka akan pergi untuk majlis berinai pada sebelah malam, Azizah juga sudah di maklumkan yang mereka telah pun selamat sampai di homestay yang di tempah.

“Ok… Aku pun penat juga… Nie nak mandikan budak kenit sekali, dia pun rimas badan berlengas.” Syuhada pula berkata.

Mereka berpisah sekejap, Syazana, Balqis dan Qistina berasa segan untuk masuk ke dalam rumah yang Syuhada dan Khalijah duduk kerana mereka segan dengan Khairil Qushairy dan Zakuan.

Setelah puas berehat dan selesai mereka semua solat maghrib, mereka bergerak sama ke rumah Azizah, rumah Azizah tidak terlalu jauh dari homestay yang mereka menginap, dalam lima belas minit sahaja perjalanan.

Sampai di rumah Azizah mereka di sambut oleh kedua ibu bapa Azizah, dan mereka berlima terus mendapatkan Azizah di dalam bilik, manakala Zakuan dan Khairil Qushairy hanya duduk di bawah khemah sambil Khairil Qushairy menjaga dan bermain bersama Izara, pada mulanya Syuhada hendak membawa Izara masuk sama tetapi Khairil Qushairy berkata biarkan sahaja Izara bersamanya.

Sedikit riuh bilik pengantin dengan gelak tawa mereka berenam, setelah sekian lama mereka tidak berjumpa Azizah dan bermacam-macam cerita yang sempat mereka bualkan sehingga berita pernikahan Syuhada dan pertunangan Khalijah, sekarang ini mereka hanya menunggu ketibaan pengantin lelaki untuk majlis berinai, Azizah telah selesai di siapkan.

Mereka berlima tidak melepaskan peluang untuk menginaikan kedua mempelai, Syuhada berkata juga di dalam hatinya yang dia tidak sabar untuk majlisnya pula. Semua orang idamkan majlis perkahwinan yang indah dan boleh menjadi kenangan mereka hingga ke akhir hayat.

“Sabar ya sayang nanti majlis kita pun akan tiba.” Khairil Qushairy berbisik kepada Syuhada. Syuhada tersenyum berpaling memandang Khairil Qushairy.

“Dah kawin dah kawan kitakan… Kita bertiga nie bilalah nak naik pelamin macam tukan.” Balqis berkata lebih menujukkan kepada dirinya, Qistina dan Shazana.

“Ishhh… Kau ni Balqis, janganlah cakap macam tu… Jodoh ni ketentuan Allah  kadang-kadang kita tidak payah untuk mencarinya dan ianya akan datang dengan sendiri.” Khalijah berkata.

“Macam kau dengan Hadakan.” Qistina pula berkata.

“Ha… Ha… Ha… Lebih kurang lah.” Khalijah ketawa.

“Jodoh datang dalam berbagai cara… Mana tahu kau datang majlis ni lepas tu di sini juga kau bertemu jodoh kau… Sapa tahukan.” Syuhada pula berkata.

“Dah jom kita usha sesapa yang ada memerhatikan kita… maknanya jodoh kita dah dekat lah tu.” Shazana pula melawak.

Kau nie sewel tak sudahlah Sha.” Balqis menegur Shazana dan mereka serentak ketawa. Kharil Qushairy dan Zakuan banyak berbual berdua kerana mereka pun berasa segan untuk berbual dengan kawan-kawan Syuhada dan Khalijah.

Izara pun tidak banyak kerenah, elok sahaja dia duduk di pangkuan Syuhada sambil bermain dengan mainannya. Balqis ada mengangkat dia dari Syuhada mengeliat dan hampir menangis dia kerana tidak mahu dengan orang yang tidak di kenalinya.

Sambil bermain sambil tu mulutnya bising, orang berbual dia pun turut berbual. Sampaikan Shazana, Balqis dan Qistina tertawakan Izara kerana bising mulutnya itu seperti dia berbual bersama.

“Ehh… Jemputlah makan… makanan ada tersedia di sana tu.” Ibu Azizah datang menegur mereka. Makanan di majlis Azizah di sediakan secara buffet.

“Iya makcik… Terima kasih… Kami ambil sekejap lagi.” Balqis membalas pelawaan Puan Sumayyah.

“Abang dengan Zakuan makan dululah… Biar Hada pegang Izara dulu.” Syuhada mengarahkan Khairil Qushairy.

“Nak Abang ambilkan nasi Izara dulu tak.” Khairil Qushairy bertanya.

“Haa boleh lah… Kalau ada lauk yang tak pedas atau sayur tu bolehlah abang letakkan sedikit.” Syuhada berpesan.

“Untungnya kau dapat Abang Que tu... handsome, baik pula tu.” Qistina memuji sambil tersenyum.

“Amboi gatalnya kau… laki orang yang kau puji tu.”Balqis menegur Qistina.

“Ehhh… Aku tahulah… Aku cakap pun depan Hada.” Qistina menjawab.

“Terima kasih kerana puji suami saya tu… Tapi jangan sampai dia dengar… nanti kembang setaman meleret senyum dia.” Syuhada berkata pula, ketawa juga mereka mendengar apa yang di katakan oleh Syuhada.

“Kau orang makan lah dulu...” Syuhada menyuruh mereka bertiga untuk makan dahulu.

“Tak apa kami tunggu kau dan Ija sama.” Shazana pula berkata.

“Tara!! Nie untuk anak Papa.” Khairil Qushairy membawa makanan dan di berikan kepada Syuhada.

“Ehhh… Mana makanan Abang?” Syuhada bertanya kerana kelihatan hanya makanan untuk Izara yang di bawa oleh Khairil Qushairy.

“Ni nak pergi ambil untuk Abang pula lah… Abang ambilkan untuk Izara dulu.” Jawab Khairil Qushairy.

“Ohhh… Haa ya lah.” Syuhada mengangguk.

“Ok sayang mari kita makan.” Syuhada mencuci tangannya menggunakan air cucian tangan yang memang ada tersedia di atas meja.

“Lauk apa tu Hada?” Khalijah bertanya.

“Sayur campur dengan ayam goreng.” Syuhada menjawab pertanyaan Khalijah.

Syuhada terus menyuap Izara makan, Qistina. Balqis dan Shazana seronok melihat Izara yang pemakan, lagi satu mereka seronok apabila melihat Izara makan sayur kerana tidak semua kanak-kanak suka makan sayur.

“Hendak juga dia makan sayur kan… Anak buah aku jangan harap nak menjamah sayur ni.” Kata Balqis.

“So far Alhamdulillah… Dia dari mula makan bubur blender tu memang kami masakkan campur sayur-sayuran dan bila dah mula belajar makan nasi lembik-lembik sikit pun kami bagi dia makan dengan sayur juga jadi dia sudah terbiasa.” Syuhada berkata.

“Itu pasal badan dia pun sedap saja di dukung.” Kata Shazana pula.

“Aku pun suka makan sayur dan buah-buahan, kau tak nak cuba dukung ke?” Khalijah pula bertanya kepada Shazana.

“Haa… yang tu kau kena suruh husband to be kau yang dukung.”Jawab Shazana.

“Hampeh kau Sha.” Khalijah melepuk bahu Shazana yang kebetulan mereka duduk sebelah menyebelah.

“Hahaha… Yang itu aku sokong.” Qistina pula menyampuk dan menyokong usikan Shazana tadi.

“Amboi! Kalau part macam tu laju saja kau menyokongkan.” Kata Khalijah lagi. Zakuan hanya makan sambil tersenyum apabila mendengar usikan kawan-kawan Khalijah tetapi khalijah perasan senyumannya itu.

“ Ni kenapa pula senyum-senyum ni.” Khalijah terus bertanya kepada Zakuan. Tetapi Zakuan tidak menjawab sekadar mengangkat bahunya sahaja.

“Dia nak senyum biarkan lah.” Syuhada pula menyampuk.

“Selalu orang gila yang suka senyum sorang-sorang tapi takkan doktor ni pun dah gila senyum sorang-sorang.” Khalijah mengusik Zakuan.

“Ya Allah budak Ija ni… Tak berubah betul perangai diakan… Ehh tunang kau doktor ke?” Qistina bertanya, petang tadi semasa berbual mereka pun tidak bertanya apakah pekerjaan zakuan.

“Hmmm… Pakar kanak-kanak.” Khalijah menjawab perlahan.

“Ohhh… kira doktor love lah ni.” Balqis pula berkata sambil ketawa.

“Memang itu pun yang aku dan adik beradik lain panggil.” Syuhada menjawab pantas dan mereka ketawa lagi.

Khairil Qushairy sudah pun selesai makan, Izara awal lagi sudah selesai makan kemudian khairil Qushairy  mengambil Izara dari Syuhada, kerana sekarang adalah masa untuk mereka pula makan. Dalam masa mereka menjamu selera Azizah datang mendapatkan mereka setelah keluarga pengantin lelaki pulang, Azizah awal-awal lagi sebelum bersanding tadi dia makan. Jadi dia hanya berbual sambil kawan-kawannya yang lain makan.

Hampir pukul sebelas juga mereka pulang ke rumah yang di sewa. Tiada lagi masa untuk mereka semua berbual. Masing-masing balik membersihkan diri kemudian solat isyak dan tidur kerana kepenatan seharian.
Majlis bersanding akan di adakan pada pukul dua, mereka melepaskan waktu zuhur dahulu, Syuhada, Khalijah dan kawan-kawannya juga sempat menunaikan solat Zuhur. Pada pukul satu empat puluh lima mereka semua bergerak keluar ke rumah Azizah untuk melihat acara persandingan pula tetapi sebelum itu Khairil Qushairy telah pun menyerahkan kunci rumah yang mereka duduki kepada tuan rumah kerana selepas selesai di rumah Azizah mereka akan terus bergerak ke Kuala Lumpur.

Majlis pada hari ini lebih meriah di bandingkan dengan malam tadi, ramai juga tetamu jemputan dari keluarga Azizah. Mereka berlima tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama pengantin di pelamin. Mereka memeluk Azizah dan mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian rumah tangganya.

Setelah selesai menjamu selera dan berehat sebentar mereka semua merancang untuk memulakan perjalanan pulang. Syuhada sungguh berpuas hati dengan menu makanan yang di sediakan pada sebelah siang. Pihak pengantin perempuan menyajikan menu special iaitu daging salai cecah air asam. Tidak pernah sebelum ini di mana-mana majlis kenduri kahwin keluarga pengantin menyajikan daging salai cecah pula dengan air asam. Sungguh berselera mereka menikmati daging salai cecah air asam selain itu ada juga gulai kurma ayam, gulai labu masak lemak, kari daging kambing dan pencuci mulut.

Saturday 18 January 2014

Adakah ini takdirku 35


Ada sebulan lagi tempoh untuk majlis annual dinner untuk Kasturi holding, macam-macam yang hendak di uruskan, jenuh juga Syuhada ke sana kemari kerana hendak memastikan majlis nanti berjalan lancar.

‘Hada jangan lupa minggu depan... Datang tau!’

Syuhada membaca message yang baru di terima dari sahabatnya Azizah.

‘InsyAllah’

Syuhada membalasnya. Kemudian Syuhada melangkah masuk ke dalam pejabat khairil Qushairy.

"Abang !" Syuhada memanggil selepas dia menolak pintu untuk masuk.

"Ya Sayang" Khairil Qushairy menjawab panggilan Syuhada.

"Macam mana ya... Azizah baru hantar sms ni... dia ingatkan Hada pasal wedding dia next week."

"Apa yang sayang nak risaukan... Abang kata kita pergikan... Ni file supplier yang Abang suruh copy tu mana?"

"Ohh... Tertinggal atas meja... Kejap Hada ambil." Tujuan sebenar tadi adalah hendak menghantar file yang di minta oleh Khairil Qushairy, di sebabkan message yang masuk dan kemudian di balas... Syuhada terus masuk ke dalam bilik.

"Aik isteri Abang ni dah kenapa? pelupa tak tentu pasal."

"Hehehe... jap ya." Syuhada berlari keluar untuk mengambil file yang tertinggal di mejanya itu.

"Nah." Syuhada meletakkan di atas meja khairil Qushairy.

"Thanks sayang." Syuhada hanya tersenyum.

"Apa appointment Abang hari ni ya." Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada.

"Abang ada lunch date dengan Mr Thomas dan Mr Alex." Syuhada memberitahunya selepas melihat di dalam planner.

"Ok... So sayang nak ikut Abang lunch sama tak?" Khairil Qushairy mengajak Syuhada makan tengah hari bersamanya.

"Alah kalau kita makan berdua tak apa juga... Ni karang Abang makan sambil cakap pasal business... Malaslah... Hada nak lunch dengan Nina, Umi dan Karmila hari ini... Boleh tak?"

"Kalau sayang tak nak tak apalah... Tapi jangan kata Abang tak ajak pula ya...pergilah Abang izinkan"

"Abang! boleh tak Hada cakap perkara sebenar tentang kita kepada Nina, Umi dan karmila... Hada akan suruh dia orang janji untuk merahsiakan hal ini sampai majlis kita tu nanti... Boleh lah ya bang." Semasa di pejabat, Syuhada dan Khairil Qushairy hanya mesra apabila mereka di dalam bilik Khairil Qushairy, kalau di luar pada bilik Khairil Qushairy mereka akan berlagak seperti biasa.

"Boleh percaya ke mereka tu.. Nanti apa yang Abang plan terbengkalai.” Khairil Qushairy berkata sambil merenung Syuhada.

Syuhada terus datang dan merapatkan dirinya kepada Khairil Qushairy dan di pegangnya lengan khairil Qushairy.

“Abang! Mereka bertiga tu memang pegang janji punya kawan… Mereka jenis yang boleh di percayai… Please trust me Abang.” Syuhada memujuk dan meyakinkan Khairil Qushairy.

“Ok… Tapi kalau rahsia ni mereka tak simpan sampai masanya… Abang akan potong gaji mereka dan no honeymoon for us.” Khairil Qushairy sengaja mengugut Syuhada dan dia cuba sembunyikan senyumannya apabila Syuhada mula menunjukkan cuak di mukanya.

“Ala Abang ni… Janganlah main ugut-ugut ni.” Syuhada merayu.

“Ehh… Abang serious nie… Kalau Hada percayakan mereka Abang tak kisah tetapi kalau rahsia bocor memang Abang akan buat seperti yang Abang katakan tadi.”

“InsyAllah… Hada janji yang mereka tidak akan bocorkan rahsia ini… Hada percayakan mereka dan Hada kenal mereka itu… And thanks Abang kerana izinkan Hada untuk memberitahu mereka.” Syuhada berkata sambil tersenyum dan memandang tepat ke muka khairil Qushairy.

“Amboi… Bukan main lebar senyumkan.” Khairil Qushairy mencuit pipi Syuhada dan dia juga turut tersenyum.

“Oklah... Hada keluar dulu… Abang tu dah ready ke apa yang hendak di bawa jumpa mereka nanti.” Syuhada ingin memastikan dokumen yang harus di bawa tidak tertinggal.

“Ada… Abang dah masukkan dalam beg dah.”

“Ok… Hada keluar dulu ya.” Syuhada terus menjingkitkan kakinya sedikit dan terus mencium pipi Khairil Qushairy hilang sekejap rasa malunya.

“Aik… Tetiba saja ni…” Khairil Qushairy menegur kerana dia tidak sangka yang Syuhada menghadiahkan ciuman kepadanya.

“Hihihi… Thanks Abang.” Syuhada terus menarik pintu dan keluar dari bilik Khairil Qushairy.


“Hada! Aku tengok kau ni berseri semacam saja.” Umi menegur Syuhada.

“Berseri?” Syuhada bertanya kepadanya semula.

“Yelah berseri macam orang sedang dalam bahagia.” Umi berkata lagi.

“Ehh… Aku biasa saja…” Syuhada masih cuba berselindung.

“Kau bertunang ke semalam? Tu cincin kau pakai tu macam cincin tunang saja… Boleh nampak kilauan baru ehh.” Karmila pula menduga.

“Bertunang? Cincin ni… Hmmm…” Syuhada teragak-agak untuk bercerita.

“Cakap je lah… Apa lagi yang kau tergagap ni.” Nina sudah tidak sabar hendak mendengar apa yang hendak di katakan oleh Syuhada.

“Ok… Kalau aku cakap dengan kau orang ni… Tolong jangan menjerit sebab aku tak nak orang keliling kita ni terdengar… lagi satu ini adalah rahsia yang kau orang kena simpan sampai kita orang beritahu kepada semua kelak.” Syuhada berkata perlahan sambil merapatkan badannya ke meja, mereka bertiga juga turut sama merapatkan badan ke meja… kalau di lihat seperti orang sedang mengumpat.

“Kau ni suspen gila jer cara kau nak cerita.” Umi berkata.

“Diamlah… Dengarlah apa Hada nak cakap tu.” Karmila pula menahan Umi dari meneruskan kata.

“Cincin nie bukan cincin tunang… Tapi cincin nikah aku.” Syuhada berkata.

“Apa?” ‘Pup’ mulut Nina di tekup oleh karmila apabila suaranya sedikit meninggi apabila mendengar luahan Syuhada itu.

“See… Baru aku cakap dah kelam kabut kau ni… Karang aku tak nak cerita baru tahu.” Syuhada 
mengugut.

“Ok… Ok… Sorry… Aku janji aku control.”Nina mengangkat sebelah tangannya membuat gaya berjanji.

“Tapi bila masa pula kau bertunang… sampai hati tak nak jemput kami pun.” Umi berkata dengan memanjangkan muncung seraya seperti merajuk.

“Kami tak tunang pun… Terus nikah saja… Tapi sebulan setengah selepas annual dinner nanti baru kami buat majlis… itu pun nanti semasa annual dinner nanti kami akan beritahu kepada umum.” Syuhada berkata lagi.

“Jap… Jap… Kami? Kau nikah dengan siapa ni.” Nina bertanya kerana dia sedikit confius.

“Ehhh… lupa pula aku nak bagi tahu siapa laki aku tu.” Syuhada tersengeh kepada mereka bertiga.

“Cehhh… Macam mana boleh lupa laki dia ni.” Karmila pula berkata.

“Kalau aku cakap nie… Kau orang jangan terkejut tau… Aku nikah dengan bos kau orang lah.”
“Datuk Sahak?” umi terus bertanya.

“Kau ni Umi… Agak-agaklah sikit… Pakcik aku tu beb.” Syuhada merenung tajam kepada Umi apabila dia berkata begitu.

“Bos kecik kita… Encik khairil ke?” Karmila bertanya perlahan.

“Yup.” Syuhada tersenyum apabila Karmila meneka dengan tepat.

“Cehhh… Hari tu punya bagai nak rak kau menafikan apabila kita orang usik-usik kenenkan kau… alih-alih kau rembat juga.”Nina berkata sambil mengelengkan kepalanya seperti gaya orang tidak percaya.

“Aku memang tidak percaya apa yang berlaku pada aku… aku memang menolak awal-awal apabila mak long aku sendiri yang melamar dah tu mak aku pun suruh aku terima… Kau ingat tak yang aku ada cuti tiba-tiba seminggu selepas kakak aku kahwin… Semuanya sebab itulah… aku nak tenangkan fikiran dengan bebanan yang tiba-tiba hadir dalam hidup aku.” Syuhada bercerita dengan sayunya manakala mereka bertiga pun mendengar dengan kusyuk dan seperti timbul rasa simpati mereka kepada Syuhada.

“Dia jumpa aku dan cuba berbincang… Dan aku katakan yang aku tak sedia untuk menerimanya… Dah tu dengan machonya dia meluahkan perasaan dia kepada aku… Aku tak sangka yang dia ada perasaan lebih dari seorang sepupu terhadap aku… Aku tetap tidak bagi kata putus dan aku bawa diri ke PD.”

“Ke PD? Apa kau tak lari ke Thailand ke… Bali ke… Lagi best.” Nina berkata sambil melawak.

“Kau nie kan…” Karmila berkata sambil menolak bahu Nina. Syuhada turut tersenyum apabila Nina berkata begitu.

“Sambunglah lagi… macam best jer cerita kau ni…” Umi mendesak.

“Aku baru check in petang tu dekat hotel… Tapi lepas aku solat isyak dekat pukul sepuluh dah masa tu… Sepupu aku adik En Khairil call aku bagi tau anak En Khairil si Izara admitted… Dia tu masa tengah hari semasa nak balik dari rumah aku di Bangi memang dah ada rasa macam panas sikit tapi aku dah bagi ubat dan masa nak balik dia menangis hendakkan aku.”

“Dia memang manja dengan kau kan.” Umi bertanya.

“Yelah… kalau dah dapat aku dia memang tak nak dekat sesiapa pun… Aku bila dengar dia admitted… jam tu juga aku keluar dari hotel dan drive balik KL… malam tu aku yang jaga dia di hospital dan malam tu jugalah aku buat keputusan dan terjadinya pernikahan aku dengan En khairil sabtu hari tu.” Terang Syuhada.
“Kau biar betik… Nikah hari sabtu hari tu… tapi hari ini kau berdua datang kerja.” Karmila berkata kerana dia kehairanan.

“Banyak lagi benda nak settlekan… kalau cuti pun kemana kita orang nak pergi… Bulan depan dah majlis annual dinner.” Terang Syuhada lagi.

“Yelah nikah pun semua staff tak tahukan… Pandai kau orang berdua simpan rahsiakan… Jari kau pun tak berinai… mesti tak nak kantoikan.” Umi berkata sambil memegang jari Syuhada.

“Hmmm… itu salah satu darinya jugalah… Tak apa nanti masa majlis persandingan aku pakai inai dan aku tunjuk dekat kau orang ya.” Syuhada tersenyum kepada mereka bertiga.

“Kau kena bagi kad jemputan yang kelas punya tuk kita orang tau… kalau boleh yang vvip punya pun ok gak.” Nina mengenyitkan matanya kepada Karmila sebagai isyarat mengusik Syuhada.

“Itu kau kena request dengan bos… Haa!… Lagi satu… Ini pesanan khas dari bos tau… Dia kata kalau kau orang bertiga tak simpan rahsia ni sampai hari yang kami sendiri beritahu kepada semua… Dia akan potong setengah bulan gaji kau orang dan aku pun tak boleh pergi honeymoon.”

“Amboi! Awal-awal lagi dia dah ugut kita… Betul baik punya bos.”Umi terkejut apabila Syuhada berkata begitu.

“Hahaha… Dengan kau sekali kena ugut tak boleh pergi honeymoon gak tu.” Nina ketawa.

“Tau tak apa… Aku sekali di ugutnya tu… So aku harap kau dapat simpan amanah aku dan En Khairil ni.”
“InsyAllah…” Mereka bertiga berkata serentak.

“Dah jom… Karang ada yang kena potong gaji kalau lambat masuk office.” Syuhada berkata seraya menolak kerusi ke belakang.

“Dah jom…” Aku tak nak short payment bulan ni.” Nina berkata… serentak mereka berempat ketawa.
Semasa Syuhada masuk ke pejabat semula khairil Qushairy masih belum balik dari meeting, tetapi tetamu yang tidak di undang yang ada datang dan sedang duduk menunggu di ruang menunggu.

“Kau ni punyalah lama pergi lunch… macam pejabat ni bapak kau yang punyakan.” Zalina berkata seraya memerli Syuhada.

“Maaf ya… Saya pergi lunch tak ada kena mengena dengan Cik Zalina… Dan yang Cik Zalina boleh berada di sini… pejabat ni pun bukan bapak Cik Zalina yang punyakan.” Syuhada membalas balik kata-kata Zalina, Syuhada tidak pernah melawan cakap dengan Zalina dan dia tidak takut pun untuk melawan cakap Zalina.

“Kurang ajarnya kau ni… Macam manalah Khairil boleh suruh kau jadi PA dia… macam ni ke kau layan client dia.” Zalina berkata dengan sombongnya.

“Saya tak pernah berkata kasar dengan client dia.. Tetapi cik Zalina ni client dia ke? Setahu saya Cik Zalina tak ada apa-apa urusan yang related dengan business di kasturi holding pun… So buat apa hendak datang ke sini.” Syuhada membalas agak kasar dengan Zalina kali ini, dia pun sudah letih melayan Zalina dan sekarang ini Khairil Qushairy sudah sah menjadi suaminya dan dia tidak suka melihat Zalina memegang lengan atau rapat dengan Khairil Qushairy.

“How dare you talk to me like that?” Zalina berang dan terus bangun untuk menghampiri meja Syuhada. Syuhada sudah bersedia jika Zalina cuba bertindak kasar dengannya.

“Cik Zalina… Kalau tak nak orang bercakap kasar dengan Cik… So please respect other people too.” Syuhada berkata seraya mengajar Zalina cara berbahasa.

“You!” Zalina mengangkat tangan untuk melempang Syuhada.

“Stop it… Enough…” Khairil Qushairy menahan tangan Zalina dan terus menengking Zalina.

Mereka berdua tidak perasan yang khairil Qushairy sudah menghampiri mereka di saat Zalina hendak mengangkat tangan untuk melepang Syuhada. Nasib baik Khairil Qushairy sampai tepat pada waktunya.

“Cousin you ni lah… kurang ajar bercakap dengan I.” Zalina berkata manja dan cuba memegang lengan khairil Qushairy tetapi cepat-cepat khairil Qusyairy mengelak dan beralih ke sebelah Syuhada.
“Hada ok.” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada.

“Hada ok… Tak apa-apa.” Syuhada menjawab tenang.”

“You!” Zalina sedikit membentak.

“Zalina! I tak nak you datang office I lagi… Papa I pun dah warning… Kalau dia ternampak you datang sini, dia akan panggil sekuriti.” Khairil Qushairy berkata dengan geram, panas hatinya apabila melihat isterinya hampir menjadi mangsa tangan Zalina. Dia tidak mahu isterinya menerima nasib yang sama seperti PA nya yang dulu-dulu.

“Sampai hati you halau I hanya kerana PA you ni… I penat-penat datang nak jumpa you… I rindu kan you tau.” Zalina masih tidak berputus asa memujuk Khairil Qushairy.

“Zalina… Can you please stop with you attitude… Please leave me alone… I tak boleh nak terima you. I Sayangkan isteri I.” Khairil Qushairy berkata sambil memandang kepada Syuhada.

“Dia dah mati khairil! Kenapa you masih nak tunggu orang yang dah mati.”Zalina sedikit menengking, Pekerja-pekerja sudah mula ada yang mendongakkan kepala mencuri-curi tengok kekecohan yang mula berlaku.

“Ya… Dia dah meninggal… Tapi I masih sayangkan dia dan you tidak dapat mengantikan tempat dia di hati I nie… Tolong hentikan semua ini… Sekarang you keluar sebelum I panggil sekuriti, dan satu lagi I tak nak tengok you datang ke pejabat I lagi.” Khairil Qusyairy bertegas kali ini dalam tak sedar dia pun sedikit menengking semasa memberi amaran kepada Zalina.

Zalina terus merentap handbagnya yang terletak di atas meja dan dia sempat berpesan dengan Khairil Qushairy tetapi pesanannya itu lebih kepada ugutan.

“You! You jangan menyesal.” Zalina terus melangkah kasar dan sempat dia menjeling Syuhada.

“Ok… Sila teruskan kerja ya… Tak ada yang serious.” Khairil Qushairy berkata kepada pekerja-pekerjanya yang risaukan keadaan yang sedang berlaku.

“Abang tunggu sayang dalam bilik sekarang.” Khairil Qushairy berkata perlahan kepada Syuhada dan dia terus menolak pintu biliknya.

Syuhada menarik nafas dalam-dalam dan dia memulakan langkah untuk ke bilik Khairil Qushairy. Sebenarnya Syuhada terus berubah sedih kerana dia tidak sangka pengakuan Khairil Qushairy kepada Zalina sebentar tadi dan dia seperti terasa hati sedikit.

Tok Tok

Syuhada mengetuk pintu sebelum masuk.

“Sayang.” Khairil Qushairy datang dan terus memeluk Syuhada. Dia tahu Syuhada terasa dengan kata-katanya.

Syuhada kaku apabila di peluk oleh Khairil Qushairy dan dia tidak membalas pelukan itu, tetapi airmatanya yang meleleh. Khairil Qushairy meleraikan pelukannya dan memegang kedua-dua bahu Syuhada.

“Sayang maafkan Abang dengan kata-kata Abang tadi.” Khairil Qusyairy berkata kemudian dia menarik tangan Syuhada untuk duduk di sofa kemudian dia duduk di sebelah Syuhada dan sebelah tangannya memaut bahu syuhada dan sebelah lagi tangannya memgenggam tangan Syuhada.

“Sayang! Abang tak nak Sayang salah faham dengan penjelasan Abang kepada Zalina tadi… Abang cakap Abang sayangkan isteri Abang… Memang betul pun… Sebab isteri yang Abang sayangkan itu adalah isteri Abang yang ini.” Khairil Qushairy berkata sambil menyapu airmata Syuhada yang jatuh menitis.

“Abang terpaksa berkata begitu… Supaya rahsia kita tak kantoi… Sayang lupa ke plan kita… Abang nak Hada percaya dengan kata-kata Abang ni… Apa yang Abang katakan pada Hada adalah benar, jadi tolong percayakan Abang… Please sayang… Abang tak boleh tengok sayang sedih macam ni.” Khairil Qusyairy memujuk Syuhada dan cuba meyakinkan Syuhada semula. Khairil Qushairy memang berkata benar dan dia terpaksa mengatakan dia hanya sayangkan arwah isterinya untuk berselindung dari Zalina.

“Sayang marah Abang ke?” Khairil Qushairy bertanya sambil memegang dagu Syuhada dan memusingkan muka Syuhada supaya mengadapnya.

“Tak…” Syuhada menjawab sepatah, penafiannya itu bunyi seperti tidak ikhlas sahaja mungkin kesan dari terasa hatinya tadi.

“Betul tak marah… Ikhlas ke kata tak tu.” Khairil Qushairy tersenyum memandang Syuhada.

“Betul… Ikhlas.” Syuhada berkata jujur, reda sedih hatinya melihat senyum yang di berikan oleh Khairil Qushairy

“Ok… Kalau betul tak marah cuba kiss Abang macam tadi semasa sebelum keluar lunch tadi.” Khairil Qushairy mengusik Syuhada.

“Abang ni.” Syuhada tersenyum malu dan dia menolak bahu Khairil Qushairy.

“Haaa… Senyum pun isteri Abang ni… Dah Abang tak nak Hada menangis lagi… Dan tolong percaya dengan setiap apa yang abang janjikan dengan Hada… Boleh tak?” Khairil Qushairy menyuruh Syuhada berjanji kepadanya.

“Hmmm…” Syuhada menganggukkan kepalanya.

“Dah macam orang bisu… Tak nak… Abang nak dengar betul-betul dari mulut sayang.” Khairil Qushairy memaksa Syuhada.

“Ok… Hada janji… Abang maafkan Hada ya.” Syuhada terus mengambil tangan Khairil Qushairy dan di kucupnya.

“Macam nilah isteri abang… Pandai Mama Izara ni.” Khairil Qushairy mencium dahi Syuhada dan di peluknya.

“Que!” Tiba-tiba Datuk Sahak menerjah masuk ke bilik Khairil Qushairy.

“Ehhh… Sorry… Papa main terjah pula… Ada babak hindustan rupanya… Papa keluar dululah.” Datuk sahak berkata begitu kerana semasa dia menolak pintu,Khairil Qushairy sedang memeluk Syuhada.

“Papa ni… Nak keluar buat apa… Dah habis shooting dah.” Khairil Qushairy berseloroh dengan Datuk Sahak.

“Maafkan Papa ya Hada… Main terjah je… Papa tak tahu kamu di dalam.” Datuk Sahak meminta maaf kepada Syuhada pula.

“Ehhh… Tak apa Pa… Tak di sengajakan.” Syuhada tersenyum… Tapi malu juga kerana bapa mertua melihat adegannya tadi.

“Betul ke Zalina datang buat kecoh... Kata dia nak tampar kamu ye Hada” Datuk Sahak bertanya kepada mereka berdua.

“Ya Pa… Tapi tak sempat pun…Sebab Que sempat tahan tangan dia.” Khairil Qushairy berkata.

“Melampau betul budak tu… Kamu kena buat report Que… Takut nanti dia serang Hada masa dekat luar.” Datuk Sahak risaukan keselamatan Syuhada.

“InsyAllah Pa… Dia tak akan buat apa-apa pun… Papa jangan risau ya… Hada pun tak akan biarkan sesekali tangannya hinggap ke pipi Hada ni… Dia ingat penampar dia saja… Penampar Hada ni dia tak tahu lagi.” Syuhada berkata dengan geram, terlupa pula dia yang dia sedang berkata dengan bapa mertuanya, terlebih emosi pula dia.

“Amboi! Ganas juga isteri Abang ni ya.” Khairil Qushairy berkata.

“Hai kamu takkan tak tahu isteri kamu dengan adik kamu tu sama ganasnya… nasib kamu dengan Zakuanlah nanti layan bini brutal.” Datuk Sahak mengusik.

“Hahaha… Papa ni… Tapi kami ganas bertempat.” Syuhada ketawa.

“Tak apalah Pa… InsyAllah… Que rasa pun dia sekadar cakap saja macam tu… Dia tak akan buat punya.” Khairil Qusyairy meyakinkan Datuk Sahak.

“Tapi kamu kena hati-hati tau… Orang ni macam-macam perangai… mereka sanggup buat apa saja untuk puaskan hati.” Datuk Sahak berpesan lagi.

“Ya Papa… Doakan keselamatan kamu suami isteri ya.” Datuk Sahak mendoakan mereka berdua.

“Dah Papa nak keluar ni… Nak berpeluk nanti sambung dekat rumah ya.” Datuk Sahak berkata sambil bangun.

“Papa ni.” Khairil Qushairy tidak boleh berkata apa lagi dengan usikan Datuk Sahak. Syuhada hanya tersenyum malu dengan usikan bapa mertuanya itu.

###############

“Apa? Berani dia nak buat onar dekat pejabat tu lagi ya.” Datin Roziah berang setelah mendapat tahu mengenai Zalina menyerang Syuhada di pejabat siang tadi.

“Papa ni… Sempat lagi tu bagi tahu Mummy… Mummy! Jangan risau ya… InsyAllah dia tak akan buat apa-apa dekat Hada… Sebab Que sentiasa ada bersama Hada pergi dan balik kerja.” Khairil Qushairy menyakinkan Datin Roziah.

“kamu jangan berjanji sahaja lebih Que… Nanti apa-apa kena dengan Hada… Siap kamu.” Datin Roziah benar-benar marah kali ini.

“Ish.. Awak ni Rozi… Yang Que awak nak marah kenapa?” Datuk Sahak menegur Datin Roziah.

“Geram saya dengan budak tu… Saya bukan marah… Tapi Que kamu kena jaga betul-betul Hada ni… Mummy tak mahu dia berdendam dengan Hada.” Pesan Datin Roziah lagi.

“InsyAllah Mummy… Selagi Que ada… Que akan pastikan Hada selamat.” Khairil Qushairy menyakin Datin Roziah.

“Risau Mummy lah… Ni mesti dia tak tahu yang Hada nie isteri kamu… Tu yang dia berani nak menyerang Hada.” Datin Roziah berkata lagi.

“Biar dia tak tahu dulu Mummy… Que saja rahsiakan dari semua orang dulu… Senang nanti dekat majlis bulan depan baru Que beritahu semua.” Khairil Qushairy

“Suka hati kamu lah.. Tapi pastikan menantu Mummy ni selamat.”

“Mummy jangan risau… InsyAllah Hada tak akan apa-apa… Dan Hada tak akan biarkan dia sesuka hati hendak naik tangan dekat muka Hada ni… Dia berang pun sebab Hada menjawab cakap dia.” Syuhada bersuara juga dan memujuk Datin Roziah supaya hilang kerisauannya.

“Iyalah kalau dah kamu kata begitu… Kamu pun jaga diri elok-elok.” Datin Roziah berkata lembut.

“Doakan saja keselamatan anak menantu kita nie Rozi… Kamu tu pun janganlah emosi sangat nanti naik darah tinggi tu… Sapa yang susah… Abang juga.” Datuk Sahak dalam baik sempat juga mengusik Datin Roziah lagi.

“Ish… Awak ni kan… Suka sangat melalut… Awak doakan saya ye.” Datin Roziah geram dengan Datuk Sahak pula.

“Dah… Kita pula di marahnya… Dah Papa nak masuk tidur dululah… Sebelum lion queen ni terkam Papa.” Datuk Sahak terus bangun dan berjalan untuk masuk ke biliknya.

“Betullah Papa kamu ni… suka-suka dia saja nak mengelarkan kita ni lion queen pula… Dah lah.. Mummy pun nak masuk tidur ni… Izara pun dah terlentok tu… Kamu bawalah anak tu naik.” Datin Roziah turut mengikut jejak Datuk Sahak untuk masuk ke bilik.

“Bagi sini Abang dukung Izara.” Khairil Qushairy bangun dan terus mengangkat Izara dari pangkuan Syuhada.

Mereka berdua berjalan naik ke tingkat atas dan Khairil Qushairy terus meletakkan Izara ke dalam katilnya setelah dia memastikan keadaan Izara baru dia bergerak ke katilnya pula.

“Abang tak sangka yang Hada pun berani melawan Zalina tu ya.”

“Abang… kalau benda tak betul… Takkan nak biarkan dia buli Hada… silap oranglah.” Syuhada berkata dengan nada sedikit berang juga.

“Amboi! Takkan nak marah dengan Abang pula.” Khairil Qusyairy berkata sambil membetulkan bantal di kepalanya.

“Mana ada Hada marahkan Abang… Tapi Hada katakan benda yang betullah… Orang macam tu tak boleh kita diam saja… Lagi berlemak dia.” Terang syuhada lagi.

“Ya… Abang pun setuju dengan apa yang Hada katakan… Tapi Abang tak sukalah orang tengok isteri Abang nie macam samseng pula… Takut Abang.” Khairil Qushairy mengusik Syuhada dan kemudian dia ketawa.

“Malaslah nak cakap dengan Abang ni… Hada pula yang Abang kenakan… Oklah Abang Hada nak tidur ni.”

“Janganlah merajuk… Buruknya Mama Izara nie kalau merajuk… Baru Abang tau macam ni rupanya kalau Hada merajuk ya.” Khairil Qushairy memegang dagu Syuhada.

“Mengada-ngada Abang ni… Izinkan Hada tidur.” Syuhada merayu.

“Kalau Abang tak izinkan macam mana.” Khairil Qushairy menahan Syuhada dari berpaling.

“Ala Abang… Esokkan nak kerja… Kalau cuti sampai dua tiga pagi pun Hada hadap muka Abang.” Syuhada merayu kepada khairil Qushairy lagi.

“Baiklah Abang izinkan.” Khairil Qushairy tersenyum kepadanya.

“Abang ampunkan dosa dan kesilapan Hada ya.”

“Ya… Jangan risau Abang ampunkan… Tapi Hada memang tidak ada silap pun di mata Abang.”

“Selamat malam Abang… Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam.” Khairil Qushairy membalas salam syuhada dan menghadiahkan ciuman di dahinya.
Mereka tidur bertentangan muka, Khairil Qushairy terus menarik Syuhada ke dalam pelukannya.

####################

“Assalamualaikum Puan kecik.” Umi berkata perlahan kepada Syuhada.

“Weh!”Syuhada cepat-cepat berpusing dan memandang ke kiri dan kanan kalau-kalau ada orang lain di belakangnya.

“Jangan risaulah… Aku berani cakap sebab tak ada orang lain… Cuak betul kau nilah.” Umi berkata lagi sambil tersenyum.

“Mahu tak cuak… kalau kantoi… Siaplah kita berempat… Aku tak dapat pergi honeymoon ok lagi… Yang kau orang nanti kena potong gaji..tak haru namanya tu.” Syuhada membebel.

“Ok.. Ok… Aku silap… kalau macam tu aku tunggu lepas majlis company kita baru aku usik kau ye… so sekarang nie aku kumpul dulu kasi banyak-banyak… Ok tak.” Umi mengenakan Syuhada.

“Suka hati kau lah minah… Malas aku nak cakap banyak… Tapi ingat rahsia tak mahu pecah haa.” Syuhada memberi amaran lagi kepada Umi.”

“Mmmm… Assalamualaikum dan Selamat pagi bos.” Umi memberi salam dan juga mengucapkan selamat kepada Khairil Qushairy yang berjalan masuk untuk ke tempat lift.

“Walaikumusalam… Selamat pagi.” Khairil Qushairy membalas salam dan tersenyum kepada Umi.

“Jom.” Khairil Qushairy mengajak Syuhada untuk naik ke atas bersamanya.

“Haa… Ok… Umi aku naik dulu ya. Tata titi tutu.” Syuhada melambai Umi dan berjalan pantas untuk seiring dengan Khairil Qushairy.

“Umi dah tahu ke?” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada, kebetulan di dalam lift hanya mereka berdua.

“Dah… Tapi mereka janji yang tak akan bocorkan rahsia kita ni.” Syuhada menyakinkan Khairil Qushairy.

“Abang tak kisah… kalau rahsia plan Abang bocor… Sayang fahamlah kan apa denda yang Sayang dan kawan-kawan Sayang akan dapat.” Khairil Qushairy mengeyit mata dan tersengeh kepada Syuhada.

“Ala Abang ni… Macam tak percaya dengan kita orang saja.” Syuhada sedikit moncong dan ada gaya hendak merajuk.

“Bukan tak percaya… Tetapi bila dah duduk bersama, berbual bergurau tu… Takut terlepas dan ada orang lain yang terdengar.” Tutur Khairil Qushairy lagi.

“Ok… Ok… Insyallah semuanya akan tersimpan baik… Abang jangan risau ya.” Syuhada tersenyum dan membuat gaya peace. Khairil Qushairy sempat mencuit hidung Syuhada apabila Syuhada membuat begitu.

Ting

Pintu lift terbuka Syuhada keluar dari lift dan di ikuti oleh Khairil Qushairy. Mereka jalan beiringan.

“Abang masuk dulu, Lunch nanti ikut Abang… Ada meeting dengan orang-orang di skyliner hotel tu.”

“Ok.” Balas Syuhada sepatah dan kemudian dia melemparkan senyuman kepada Khairil Qushairy.

“Thanks sayang.” Khairil Qushairy berkata perlahan.

“Thanks? Kenapa?” Syuhada bertanya hairan.

“Sebab sayang hadiahkan senyuman manis ni sebelum Abang masuk ke bilik.” Khairil Qushairy berkata dan dia tersenyum lagi.

“Ahhh… Hada ingatkan apalah tadi Abang nie… Ok… Silakan masuk ke dalam ye Bos kecil.” Syuhada mengusik Khairil Qushairy.

“Amboi! Sempat lagi tu… Nasib baik nie dekat office kalau tak siap sayang.”

“Hikhikhikhik.” Syuhada ketawa. Khairil Qushairy turut ketawa dan terus membawa dirinya masuk ke dalam biliknya.

Karmila… Aku tak ikut rehat sama hari ini tau… Kena ikut bos… Ada meeting dengan skyliner hotel pasal annual dinner tu nanti.” Terang Syuhada kepada Karmila, dia harus menelefon rakannya itu supaya mereka tidak ternanti-nantikan dia.

“Ok… Tapi sebelum meeting kau pergi dating dulukan.” Karmila mengusik Syuhada.

“Ekkk Elehh… pepandai jer… Tapi aku dating dengan suami aku hik…hik…hik…” Syuhada ketawa terkikik juga apabila dia dapat mengenakan Karmila.

“Poyo betul kau kan… Yelah dah untung badan nak buat macam manakan.”

“Wei! Kau janganlah cakap macam tu… Terasa aku tau.” Syuhada seperti serba salah pula apabila Karmila berkata begitu.

“Ehh… Aku main-main aja lah… Dah kau jangan nak risau pula… Setiap orang ada bahagian masing-masing, dah jodoh kau dengan idaman malaya tu nak buat macam manakan… Aku doakan kau bahagia hingga ke jannah.” Karmila takut Syuhada terasa dengan usikannya.

“Tak apa… But thanks sebab doakan kami… Aku pun harapkan begitu juga… Oklah… karang ada pula yang panas hati tengok kau bergayut lama.”

“Iya tak iya… Ok take care… nanti bila kau makan tu ingat kat kami bertiga ya… Ha…Ha…Ha…” karmila ketawa setelah berkata begitu. Mereka kembali kepada kerja-kerja yang harus di selesaikan.

################

“Kita nak makan di mana ni Bang.” Syuhada terus bertanya kepada Khairil Qushairy setelah setengah perjalanan.

“Di Skyliner hotel lah… lepas tu baru kita meeting dengan pengurus dia… Senang tak payah nak buat kerja dua kalikan.” Balas Khairil Qushairy.

“Betul gak tu… Pandai suami Hada.”Syuhada tersenyum memuji.

“Suami siapa?” Khairil Qushairy sengaja bertanya untuk mengusik Syuhada.

“Suami si Syuhada tulah… Takkan Abang tak kenal.” Di kerling matanya ke arah Khairil Qushairy dan tersenyum nipis.

“Rasanya Abang kenal kut Syuhada tu… Orang dia katik saja… Tapi sungguh ayu dan comel… Untung suami diakan.” Khairil Qushairy memuji sambil mengusik.

“Eee… Jahatnya Abang ni… Ada ke kata Hada katik.” Syuhada melepuk perlahan lengan kiri Khairil Qushairy.

“Ha…Ha…Ha… katik-katik pun isteri Abang. I love you sayang.” Secara spontan Khairil Qushairy terus berkata begitu.

“Apa?” Syuhada terkejut kerana sekali lagi khairil Qushairy berkata I love you kepadanya.

“Abang cakap I love you sayang.” Khairil Qushairy berkata sedikit kuat dan dia sengaja berbuat begitu dan dia perasan muka Syuhada naik merah kerana malu mungkin.

“Abang ni… Kalau ya pun tak payahlah kuat macam tu sekali.” Syuhada sebenarnya terasa panas mukanya apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut suaminya itu.

“Saja… So Sayang tak boleh nak buat-buat tanya lagi apa Abang katakan. Abang katakan ikhlas untuk sayang.” Khairil Qushairy berkata sambil mengenggam tangan kanan Syuhada.

“Abang! Fokus memandu tu… jangan romantik sangat… Tapi thanks dengan kata-kata ikhlas Abang tu.” Syuhada tersenyum memandang Khairil Qushairy. Walaupun sudah hampir seminggu dia menjadi isteri kepada Khairil Qushairy perasaan malu dan segannya sedikit berkurangan, ini semua kerana Khairil Qushairy pandai membuatkan rasa malunya itu hilang sedikit demi sedikit.

“Ok… Ok… Nanti kita sambung adegan romantik dekat rumah ya.” Khairil Qushairy terus mengenyitkan mata kepada Syuhada dan tersenyum.


Selesai mereka berdua menjamu selera di restoran Skyliner Hotel mereka berdua di bawa naik ke tingkat lima untuk bertemu dengan pengurus skyliner. Kasturi Holding memilih Skyliner Hotel untuk majlis Annual Dinner syarikat mereka. Datuk Sahak menyerahkan segala urusan untuk di uruskan oleh khairil Qushairy dan di bantu oleh Syuhada. Banyak juga yang hendak mereka uruskan dari segi menu, persembahan, jemputan dan beberapa pertandingan dan kali ini mereka memilih tema klasik moden untuk malam itu.