Thursday 29 August 2013

Adakah ini takdirku 15

Selepas dua bulan pemergian Kartini kes kemalangan Kartini masih di dalam siasatan, dari dua CCTV yang terdapat di premis yang berdekatan dengan tempat kemalangan tidak dapat menunjukkan wajah individu yang melanggar Kartini tetapi ada lagi dua CCTV yang masih di dalam siasatan lagi dan menurut polis kereta yang melanggar Kartini telah menggunakan no pendaftaran palsu, buat masa ini polis masih mengklafisikasikan sebagai kes langgar lari tetapi kata polis lagi mereka akan teruskan siasatan untuk memastikan tiada unsur-unsur jenayah lain.

"Sara bawakan fail projek Tanjung Sakti tu ke dalam." Khairil Qushairy bercakap dengan setiausahanya melalui interkom.

"Baik EncikKhairil.." Sara ataupun nama penuhnya Sara Ayu telah menjadi setiausaha kepada Khairil hampir dua tahun, sara juga mempunyai seorang anak berumur dua tahun setengah dan sekarang nie dia sedang mengandungkan anak ke dua, kandungannya kini sudah hampir lima bulan.

"Petang nie saya ada apa-apa appointment ke?" Khairil Qushairy bertanya sambil mencapai fail yang di hulurkan oleh Sara.

"Petang nie tak ada tetapi petang esok pada pukul 2.30 petang Encik Khairil ada temujanji dengan pembekal dari Shanghai Holding." Terang Sara lagi, Planner sentiasa ada di tangan Sara setiap kali dia di panggil masuk ke bilik Khairil Qushairy kerana dia pasti yang Khairil Qushairy akan bertanya program hariannya.

"Ok.. kalau macam tu lepas lunch saya tak masuk tau." Khairil Qushairy bercadang hendak meluangkan masa dengan Izara pada hari ini, sudah beberapa hari dia asyik pulang lewat ke rumah kerana kesibukkan dengan kerja, setiap kali sampai ke rumah Izara sudah lena tertidur di dalam katilnya.

"Kalau macam tu.. baik lah.. saya minta diri dulu ye Encik Khairil." Sara terus keluar dan dia turut tersenyum gembira kerana hari nie ada peluang dia balik awal sedikit. Ops!! bukan balik awal sebelum waktu kerja tamat, tetapi dia dapat pulang selepas tamatnya waktu untuk pekerja.

########################

" Saya hendak jumpa Datuk sekejap." Khairil Qushairy meminta izin dengan Jasmin setiausaha Datuk Sahak.

"Sebentar ye.. saya tanya Datuk." setelah mendapat keizinan dari Datuk Sahak.. Khairil Qushairy terus menolak pintu bilik Datuk Sahak.

"Assalamualaikum papa." Khairil Qushairy terus berjalan ke meja Datuk Sahak.

"Walaikumusalam.. Haa.. apa hal nie? ada masalah ke?" Datuk Sahak nie kalau di pejabat sentiasa ingat pasal kerja saja. Khairil Qushairy terus menarik kerusi di hadapan meja Datuk Sahak dan terus duduk.

"Tak lah.. Khairil ingat nak balik terus je lepas lunch nie.. tu yang Khairil jumpa papa nie.." Khairil berkata sambil tangan tu sempat lagi bermain-main dengan pen di atas meja Datuk Sahak.

"Oooo.. tak pa lah.. kamu lunch dengan papa je lah hari nie.. papa pun ada lunch dengan Aura company.. boleh gak sambil makan kita bincang pasal projek kondo tu." Datuk Sahak terus mengemas barangan peribadinya dan memasukkan ke dalam beg dan kemudian mereka bergerak sama keluar, Khairil Qushairy membawa keretanya sendiri kerana dia tidak akan singgah ke pejabat lagi selepas makan nanti.

######################

“Assalamualaikum anak papa.” Khairil Qushairy menegur Izara yang dalam pangkuan Datin Roziah. Izara terkebil-kebil apabila di panggil papanya. Dia sudah pandai memandang apabila di panggil.

“Awal kamu balik hari nie Que.. Papa tak balik sama ke?” Datin Roziah tertinjau-tinjau ke arah pintu juga kalau-kalau Datuk Sahak muncul.

“Hari nie Que tak ada apa-apa appointment.. Tu Que balik awal.. Tadi Que lunch dengan Papa dan Aura Company. Papa kata dia masih ada kerja lagi dah tu petang pun dia ada meeting.” Khairil Qushairy membalas pertanyaan Datin Roziah sambil mencuit-cuit pipi Izara.

“Papa kamu tu sibuk mengalahkan macam dia muda lagi.” Datin Roziah membebel. Khairil Qushairy hanya tertawa apabila mummynya mula membebel.

“Mummy.. nanti bila Papa rasa dah penat dia pasti akan berhenti.. biarkan Papa uruskan lagi syarikat tu.” Khairil berkata sambil memeluk bahu Datin Roziah untuk memujuknya.

“Tu lah.. mummy Harap nanti kamu boleh uruskan syarikat kita tu bila kamu dah ambil alih nanti.” Sambil tersenyum memandang ke muka Khairil Qushairy.

“InsyAllah mummy.. Ehhh! Tapi Papa tak kata nak suruh sapa yang uruskan syarikat tu.. Mummy boleh kata Que pula yang akan uruskan. Tu Adik-adik kan ada juga.”

“Papa pernah cakap dengan Mummy dulu.. dia hanya harapkan kamu untuk uruskan syarikat tu.. dah tu kamu anak yang sulung.” Tutur Datin Roziah.

“Tak pa Mummy yang itu nanti kita cerita lain hari.. Biar saya angkat Izara nie masuk bilik dulu.” Khairil Qushairy bersedia untuk mengangkat Izara.. ini sahajalah permata hati dan zuriat dia dengan arwah Kartini. Dia akan memastikan anaknya mendapat kasih sayang secukupnya dan membesar dengan menjadi anak yang solehah.

“Elok lah tu… Mummy nak baring sekejap lah.” Datin Roziah berdiri dan berjalan ke arah biliknya.

“Ija balik bila mummy?" Soal Khairil Qushairy.

“Petang nie.. dia balik dengan Syuhada ke sini.” Balas Datin Roziah.

Khalijah telah mengikut syuhada pulang ke kampungnya di Perak. Sementara menunggu peluang untuk bekerja jadi ini lah masa dan peluang untuk dia meluangkan masa yang ada, seminggu dia berada di Perak.

######################

“Kamu nanti bawa kereta elok-elok Hada” Pesan Baba. Baba adalah Datuk Syuhada, ayah kepada Tuan Roslan Ibu Tuan Roslan bernama Halijah dan lebih di keali dengan Opah Jah.

“InsyAllah Atuk.. Hada sentiasa ingat pesan atuk dan opah..” Syuhada membalas lembut kata-kata Baba tadi sambil tangan tu memotong kulit mempelam yang di ambil di depan rumah opah Jah. Syuhada dan Khalijah nie memang hantu mempelam, nak-nak lagi mempelam muda di colek pula dengan cili kicap atau paste rojak buah.

“Ish.. nanti lah dulu..” Shuyada menampar tangan Khalijah.

“Auchhh.. Sakit lah.. kau tu terhegeh-hegeh mengopek kulit tu.. aku tak sabar nie..” Khalijah membebel sambil mengosok tangannya yang tidak lah berapa sakit pun.

“Ya Allah cucu.. Apa saja kamu berdua nie.. Ija pergi lah ambil pisau lagi satu di dapur tu.” Halijah menegur dan dia juga rasa terhibur dengan keletah dua anak dara nie selama seminggu Syuhada dan Khalijah bersama mereka suami isteri.

“Tah nya kau nie.. kat dapur opah tu punya lah banyak pisau.. boleh juga kerja aku cepat siap.” Syuhada pula membebel. Syuhada dah Khalijah plan hendak makan mempelam ini di dalam perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur nanti, mereka berdua memang suka buat kerja yang orang tak buat.. sama-sama ting tong kadang-kadang mereka berdua ini.

“Ala malaslah.. Aku dah siap nie.. Tak pa Opah.. Hada nie memang rajin sikit.. biar dia je lah yang potong.. kalau Ija potong nanti tak cantik..hi hi hi” Khalijah ketawa, Baba dan Halijah hanya tersenyum dan mengeleng melihat kerenah mereka berdua.

“Banyak lah kau punya malas.. ok kalau macam tu.. kau makan sikti saja tau.. hahahaha…” Syuhada ketawa jahat dan melarikan sedikit bekas berisi mempelam yang sudah di racik separuh.

“Sampai ke hati kau tengok aku meleleh air liur bila kau makan sorang-sorang nanti.” Khalijah membuat muka dan melentokkan kepalanya di bahu Halijah..

“ kecoh betul minah nie lah.. Yelah.. Aku main-main je lah.. Ehh kau dah masukkan ke barang-barang kau dalam kereta.. Dah settle nie boleh lah kita gerak..” Syuhada tidak mahu sampai ke Kuala Lumpur terlalu lewat.. Tuan Roslan memang tidak bagi anak-anaknya memandu sebelah malam, tambahan mereka adalah perempuan.. macam-macam bahaya akan mengundang.

“Dah siap dah..” Khalijah menunjukkan isyarat good kepada Syuhada.

Semalam sempat juga Khalijah dan Syuhada pergi melawat sungai yang terletak tidak jauh dari rumah Halijah, Syuhada pergi bersama-sama dengan sepupu Syuhada, anak pak yeop Samsudin. Samsudin adalah abang sulung kepada Tuan roslan. Samsudin menetap di perak kerana dia ada membuat perniagaan runcit, dia adalah usahawan yang berjaya juga di kampungnya.

Khalijah seronok melihat keindahan Sungai perak sungai yang kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Pahang. Dalam masa mereka melihat keindahan dari tebing sungai. Khalijah seronok melihat sekerombolan kerbau yang berendam di sungai itu. Syuhada juga leka melayan perasaan sambil mengadap sungai yang mengalir tenang, Syuhada memang suka sesuatu yang damai, baginya boleh hilang stress bila duduk mengadap keindahan ciptaan Allah swt ini. 

Selama seminggu Dia di kampung dia melakukan bermacam-macam benda dan perkara bersama-sama dengan Khalijah, Baba dan Halijah juga membawa Syuhada dan Khalijah melawat saudara mara Syuhada, Seronok juga bila dapat berjumpa dengan saudara mara yang jarang dia ketemui, rata-rata anak-anak mereka banyak yang sudah berkahwin dan ada juga yang telah berhijrah ke luar dan yang kelakarnya apabila Khalijah seronok mendengar orang kampungnya bercakap dialek perak, puas juga dia cuba untuk memahami perbualan mereka.

####################

Fakta mengenai sungai perak:-

Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.
Sungai Perak mempunyai banyak sungai cawangan. Antaranya ialah Sungai Bidor dan Sungai Kinta. Sungai Kinta dan Sungai Bidor menjadi tempat perlombongan bijih timah sekitar tahun 1850-1980. Selepas itu pengeluaran bijih timah menurun secara mendadak kerana negara-negara lain turut mengeluarkan bijih timah dan menyebabkan harga bijih timah merudum di pasaran dunia.
Sungai Perak adalah antara sungai yang terpanjang di antara negeri-negeri yang sekelilinginya. Ia memainkan peranan yang penting dalam sedi sejarah negeri Perak. Adalah dipercayai bahawa nama Perak didapati daripada kilat-berkilauan yang terdapat di sungai ini. Sepanjang lembah sungai ini, ia telah membiayai berjuta-juta penduduk tanah Melayu sejak beratus-ratus tahun yang lalu.
Terdapat beberapa empangan hidroelektrik di Sungai Perak:
·         Empangan Bersia
·         Empangan Kenering
·         Empangan Temenggor