Sunday 9 June 2013

Adakah ini takdirku 14

Malam tadi cukup sudah tiga malam kenduri untuk arwah Kartini di rumah Datin Roziah, Syuhada akan mengikut Tuan Roslan dan Puan Rokiah balik ke rumah mereka di Bangi, Tuan Roslan dan Puan Rokiah akan memula bekerja esok selepas beberapa hari bercuti, mereka ambil emergency leave dari selepas Kartini mendapat kemalangan lagi. Kakak Syuhada Syafiqa dan Syakina sudah balik dua hari yang lepas.

"Mak su kemas-kemas bag nie nak pergi mana." Syana bertanya sambil memeluk patung pooh kesukaannya.

"Mak su nak balik rumah atuk ngah." Syuhada menjawab sambil memasukkan beberapa lagi pakaian ke dalam beg.

"Alaaa... tak best lah... Yana nak ikut mak su boleh tak?" Syana sudah buat muka sedih dia, yelah sudah 5 hari berkepit dengan Syuhada.

"Tak boleh lah sayang, nanti yana ajak mama dan papa datang rumah atuk ngah ye." Syuhada berkata sambil memegang kedua-dua pipinya.

“Yana kan ada mak chu." Khalijah menyampuk sambil menutup pintu bilik air. Dia baru saja selesai dengan urusannya dengan doktor ‘tan’ aka tandas.

"Tapi kalau ada mak chu dengan mak su sekali best apa. Kalau mak su tak ada, Afie tu nanti mesti tak kasi Yana duduk dekat mak chu." Si keletah nie bila sudah dapat bercakap macam-macam hendak di adunya.

"Hahahahahaha..." Syuhada dan Khalijah ketawa serentak.

"Haaa.. apa yang di gelakkan tu.. sampai keluar kak Ana dengar." Rohana menjengah ke dalam bilik dan dia terus masuk dan turut duduk di atas katil.

"Apa lagi kak Ana.. anak dara Kak Ana nie lah macam-macam ceritalah dia." Khalijah berkata sambil bermain-main dengan rambut Syana.

"Mak chu!! mak chu!!.." Tiba-tiba Syafie masuk dan terus melompat ke atas katil, tak makan saman betul bertuah sorang nie.

"Ya Allah anak bujang aku nie." Rohana mengelengkan kepala apabila melihat tingkah laku Syafie.

"Kenapa nie berlari-lari dah tu terjerit-jerit panggil mak chu.. kenapa?" Khalijah bertanya kepada Syafie.

" Nenek panggil suruh ambil baby Izara. Mak chu turun je lah cepat.. nanti nenek marah Afie.. nenek kata kalau afie tak panggil mak Chu nenek tak nak bagi afie ice cream." Katanya lagi.

"Aihh.. Bertuah betul lah anak Kak ana nie..sebab nak dapatkan upah dari nenek dia.. kita di paksa-paksanya.. mak chu fire karang.." Khalijah menepuk punggung Syafie dan berjalan keluar dari bilik.

"Mak su nie kemas-kemas.. nak balik London ke?" Syafie pula bertanya.

"Tak lah.. mak su nak balik rumah atuk ngah.." Syana pula yang tolong jawabkan.

"Abih.. Afie macam mana? Sapa nak main dengan Afie" Syafie memandang ke arah Syuhada sambil mengoncang tangannya seraya mengharap.

"Afie tinggal sini dengan mama dan papa lah sayang.. tu Yana kan ada.. Afie kena main dengan Yana lah."Rohana berkata sambil memeluk syafie.

"Mama!.. mama!.. nanti kita pergi rumah atuk ngah nak?" Syana menyusulkan cadangan kepada Rohana sambil kedua-dua tapak tangannya melekap ke pipi Rohana sepertimana Syuhada lakukan kepadanya tadi.. 

"copycat girl. Geram betul tengok keletah si kembar nie. Bagaimanalah kalau aku ada anak nanti mesti cute.. Ehh.. ehh.. terlebih sudah angan-angan nie.. hihihihi." Syuhada berkata sendiri di dalam hatinya dan kemudian tersenyum sendiri tetapi nasib baik Rohana tidak perasan kalau tidah sah-sah dia di soal siasat oleh Rohana.

Syuhada sengaja berkemas awal, kata Tuan Roslan dia hendak balik petang sedikit mungkin selepas asar. Syuhada dan Rohana turun ke tingkat bawah sambil melayan celoteh si kembar.

“Kak Imah nak masak apa hari nie?” Rohana bertanya kepada Rahimah pembantu rumah Datin Roziah.

“Akak nak masak lemak cili api ikan keli salai dah tu sambal udang petai, sayur campur dan ayam masak kicap untuk si kembar.” Terang Rahimah lagi. Datin Roziah tidak mahu Rahimah masak banyak jenis lauk tapi lebihkan kuantiti di dalam setiap masakan je. Katanya lagi kalau banyak jenis nanti dah tak tau nak pilih yang mana dan kesudahannya membazir.

“Wah! Sedap tu kak Imah, lama Hada tak makan ikan keli salai nie tau.” Syuhada teruja mendengar menu yang di beritahu Rahimah tadi.

“Samalah dengan kak Ana nie Hada..” Rohana berkata sambil tergelak kepada Syuhada.

“Nie apa yang boleh kami tolong nie?” Rohana bertanya lagi.

“Ehh! Tak ada apa-apa yang hendak di tolong pun sebab saya sudah ada dua assistant.” Rahimah menunjukkan pembantu tambahannya sapa lagi kalau bukan Rania dan Sutina. Sutina akan balik ke Bangi kerana dia pembantu di rumah ibu bapa Syuhada.

“Jom lah kak Ana kita lepak dekat luar nak.. tu Ija dekat luar tu.” Syuhada ternampak Khalijah sedang mengendong Izara di taman mini ciptaan Datin Roziah.

“Izaraaa… sayang mak chu.. bucuk mak chu.. “ Khalijah leka mengagah Izara. Sehinggakan dia tidak sedar kehadiran Syuhada dan Rohana, Syafie dan Syana pun leka bermain buaian tidak berapa jauh dari tempat Khalijah, Datin Roziah memang ada menyediakan kemudahan permainan untuk cucu-cucunya bermain. Rohana terus mendapatkan Syana dan Syafie. Syuhada pada mulanya hendak memeranjatkan Khalijah tetapi tidak boleh dia hendak menyergah Khalijah, tidak pasal-pasal melambung si Izara. Tak pasal- pasal ada tragedi lain pula.

“Ala bucuk.. bucuk mak su dating ngan mak chu kat luar ye.” Izara sudah pandai bila di panggil dia menganga-nganga macam hendak bercakap. Matanya sudah pandai memandang sekeliling.

“Ija kau dah check fb ke? Nie cik kak kat London tu kata kalau kita balik nanti bawakan jeruk mangga dengan keropok ikan.”Syuhada melabuhkan duduk di sebelah Khalijah sambil matanya focus ke Ipad syuhada.

“Mana?” Khalijah meninjau screen dan dia tersenyum membaca komen-komen dari rakan serumah.

“Tu dia orang tanya berapa hari bulan kita sampai sana?” Syuhada mengarahkan sekali lagi Ipad kepada Khalijah.

“Kau cakaplah kita tak balik sana dah hahahahahha… “ Khalijah ketawa dan Syuhada pun turut ketawa. mereka berbalas komen di fb beberapa minit kemudian Syuhada sign out. Kemudian Ipad bertukar tangan, Syuhada mengambil Izara dan Khalijah pula mengadap Ipad. Syuhada seronok melayan Izara dan hari nie Syuhada hendak menjaga dia sepuas-puasnya kerana petang nanti dia sudah balik ke Bangi.

“Uishhh.. besarnya dia menguap.” Syuhada tergelak melihat Izara menguap dan Izara sudah menunjukkan tanda-tanda mengantuknya.

“Sayang mak su dah mengantuk ye.. Ija dia dah menyusu ke belum nie?” Syuhada bertanya kepada Khalijah dan dia tidak mahu Izara tidur dalam kelaparan.

“Dah.. masa kau datang tadi dia baru habis minum susu.” Khalijah matanya terlalu focus pada games, sampai kan bercakap dengan Syuhada pun dia tidak berpaling langsung.

“Sayang mak su nie dah kenyang ye.. Dah mari sini mak su peluk dia ye.. Jangan nakal-nakal tau..” Syuhada cium dahinya dan menepuk nepuknya perlahan untuk menidurkan dia.

 Dalam Syuhada dan Khalijah melayan diri sendiri tiba-tiba gate terbuka, mereka sama-sama memanjangkan leher untuk melihat siapa yang memandu masuk dan kelihatan kereta Khairil Qushairy yang masuk, dia ke kubur bersama Khairul Azam tadi. Itulah rutin dia dalam masa tiga hari selepas kehilangan isterinya Kartini. Datuk sahak pun memberi keizinan untuk Khairil berehat dan melapangkan fikirannya dan apabila sudah stabil minda dan kuat semangatnya semula dia akan mula bekerja semula.

“Papa!!!” Syana dan Syafie berlari mendapatkan Khairul Azam.

“Mama dia tak nak lari dekat Papa dia pula ke?” Khalijah melaung mengusik Rohana.

“Hahahaha.. tak boleh tunjuk depan-depan deh.. kang orang kata Kak Ana mentebiat pula kang.” Syuhada dan Khalijah terbarai ketawa juga bila Rohana berkata begitu.

“Apa lah Ija nie.. Nak ke abang tunjukkan romantika kami nie? Jangan juling mata tu sudah lah.” Khairul Azam membalas dengan usikan lagi.

“Tak payah lah Abang Azam.. tak selera kita orang nak tengok ehh…” Syuhada hanya ketawa melihat gurauan adik beradik ini. Khairil Qushairy datang dan duduk bersama-sama mereka.

“Dah lama ke dia tidur?” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada. Sambil menarik kerusi di antara Khalijah dan Syuhada.

“Baru lagi nie.. dah kenyang perut dia.. apa lagi.. tidur lah dia.” Syuhada membalas sambil jarinya mengusap lembut pipi Izara.

Are you ok Abang Que?” Khalijah bertanya kepada Khairil Qushairy.

“Alhamdulillah.. InsyAllah everything will be fine.. I’ll try my best.” Khairil Qushairy menjawab dengan wajah yang sedikit sugul.. tapi dia tetap boleh tersenyum bila duduk di dalam kelompok keluarga dan berbual-bual sama, tetapi semasa dia bersendirian tiada siapa yang tahu bagaimana tahap kesedihannya, Tapi Syukur kerana nampaknya dia tabah dan tidak meratap sehingga memencilkan dirinya.

“Ija tau Abang Que kuat..” Khalijah berkata sambil memaut bahu Khairil Qushairy. Syuhada hanya tersenyum memandang dia.

“Abang Que kena kuat kan semangat tu.. semuanya kerja Allah.” Khairul Azam pun turut memberi kata semangat kepada Khairil Qushairy.

“So polis dah dapat ke orang yang langgar kak Tini.” Rohana bertanya pula.

“Masih lagi dalam siasatan.. Insyallah mereka akan bagi tau dalam masa terdekat nie katanya.” Khairil Qushairy menerangkan.

“Harap sangat orang yang langgar arwah tu dapat di tangkap dengan segera.” Kata Khalijah lagi dengan nada yang geram, Syuhada pun mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Khalijah tu.

“Sudah-sudah lah berbual dekat luar tu.. Dah mari masuk makan." Datuk Sahak memanggil mereka semua untuk makan tengah hari.

“Okey!!” Masing-masing menjawab.

“Bagi dekat abang... Izara nie.. Abang letakkan dalam katil dia dulu.” Khairil Qushairy sudah bersedia hendak mengambil Izara dari pelukan ku.

“Tak pa lah.. biar Hada letakkan dia dalam katil je.. Abang Que pergi lah makan dulu..” Syuhada bangun perlahan-lahan dan masuk ke dalam.

Katil Izara sentiasa ada tersedia di tepi sudut ruang tamu, Datin Roziah juga yang mengarahkan Khairil Qushairy untuk menyediakan satu lagi katil di tingkat bawah, ianya kemudahan untuk Datin Roziah memantau cucunya itu ketika Khairil Qushairy bekerja.

Syuhada, Puan Rokiah dan Tuan Roslan akan bergerak pulang ke Bangi, semasa Syuhada memasukkan beg ke dalam bonet kereta Syana dan Syafie sibuk bertanya itu dan ini dan siap merenget dan membuat perjanjian dengan Khairul Azam yang bawa mereka ke rumah Syuhada di bangi, tergelak-gelak mereka semua. Syuhada memeluk dan mencium Izara sepuas-puasnya kerana lepas ini dia tidak akan jumpa dengannya, semasa hendak balik ke london pun nanti Syuhada akan berjumpa Khalijah di airport, tetapi kalau Datin Roziah bawa Izara sama, ada chance lah syuhada hendak mengomol dia lagi.

Sesampai di rumahnya di Bangi Syuhada terus masuk ke dalam biliknya dan berbaring, dia melepaskan kerinduan kepada katil dan bantal kesayangannya. Dalam masa dia baring sambil termenung tiba-tiba dia terasa rindu kepada Izara tetapi apakan daya dia pun ada kehidupannya sendiri yang dia kena uruskan.