Tuesday 28 May 2013

Adakah ini takdirku 13

Pukul empat pagi mereka di kejutkan dengan berita yang amat mengejut. Pihak hospital menelefon Khairil Qushairy dan memaklumkan keadaan Kartini yang tengah nazak. Tuan Roslan telah memandu ke hospital, mereka risau juga jikalau Khairil Qushairy yang memandu sendiri mungkin boleh membahayakan dirinya pula kerana perasaannya sekarang ini tidak tentu arah selepas mendengar keterangan dari pihak hospital sebentar tadi, sudah pasti fikirannya tidak tenang. Datin Roziah, Datuk Sahak dan puan Rokiah juga turut bergegas pergi ke hospital selepas di maklumkan oleh Khairil Qushairy.

"Ija kau tolong buat kan susu Izara nie.." Syuhada memujuk Izara yang sedang merengek saja.. pada pendapat Syuhada mungkin dia lapar.. Lampinnya tidak pula kelihatan basah.

" Ye.. ye.. " Khalijah terus menyediakan susu untuk Izara.. Mereka berdua dari tadi duduk mengadap Izara dan cuba memujuknya.

"Hada! aku rasalah dia dapat rasakan keadaan mama dia sekarang nie tak?" Khalijah bertanya dan mungkin dia terfikir apa yang Syuhada fikirkan.

"Aku pun rasa macam tulah Ija.. dah bagi sini susu tu.." Syuhada terus menyuakan ke mulut Izara. Dia minum juga susu itu tetapi tidak lama Izara menolak.

"Aik! kenapa sayang Mak Su nie.. minum sikit saja." Syuhada meletakkan botol susu di tepi katil.

"Izara sayang.. Mak Chu sayang dia." Khalijah pula mengambilnya dari Syuhada dan cuba memujuk Izara yang sudah mula menangis.

Tiba-tiba pintu bilik di ketuk dan di buka dari luar.. Rohana masuk dan terus mengadap Izara dan mengusap-usap kepala Izara. Tiada siapa yang tidak simpati dengan anak kecil ini.

"Kak Ana terdengar dia menangis tu Kak Ana nak tengok kenapa?" Rohana rupanya tidak dapat tidur juga selepas Datin Roziah memberitahu tentang panggilan dari Hospital tadi.

"Tu lah Kak Ana.. susu dah bagi, lampin dia pun ok.. rasanya dia rindukan mama dia tak kak?" Khalijah berkata sambil mendodoi Izara.

"Mungkin juga kut." Rohana memandang sayu ke arah Izara. Hampir satu jam juga mereka duduk berbual.. mata memang tidak boleh hendak lelap dan rasanya tidak sanggup hendak lelapkan selagi tidak mendapat berita mengenai kartini.

"Ana! Ana!.." bunyi ketukkan di pintu dan terdengar suara Khairul Azam memanggil Rohana, Syuhada terus menyarungkan tudung sebelum Khairul menerjah masuk. Selepas incident Khairil Qushairy main masuk sahaja ke bilik Khalijah mula-mula dulu dan kini Syuhada sentiasa meletakkan tudung standby dekat katil.. kalau dekat rumah dia memang tidak ada hal. Ini dekat rumah Datin Roziah. Abang-abang si Khalijah nie pun dah biasa main terjah-terjah bilik adik dia nie kalau time tidak berkunci.

"Ya Bang?" Rohana terus bangun dan membuka pintu bilik.

“Kak tini dah tak ada lagi. Mama baru sahaja bagi tau ni." Khairul Azam berkata sambil memegang bahu Rohana.

"Innalilahiwailaihirojiun.." Mereka bertiga mengucapkan serentak. Syuhada terus memeluk Izara dan Khalijah serentak begitu juga Rohana. Mungkin kerana itu izara tidak henti meragam, mungkin dia sudah dapat merasakan yang dia akan kehilangan mamanya. 

"Baru lagi ke Bang?" Rohana bertanya lagi.

"Mama kata baru lagi nie ada dalam lima minit." Khairul Azam masuk ke dalam bilik dan duduk di birai katil kemudian dia mengusap kepala Izara. Sekarang ini semua berasa sedih dan bersimpati dengan keadaan Izara yang masih kecil dan kehilangan seorang Ibu tempat untuk dia bermanja.

"Mama kata bagi tau lah keluarga kita semua.. Mama sudah bagi tau mak lang dan pak su." Jelasnya lagi.

"Kalau macam tu biar Ana bagi tahu nenek dulu lah.." Rohana cepat-cepat menuju ke tingkat bawah. Rahimah tahu yang anak menantunya pergi ke Hospital, Puan Rokiah memaklumkan kepadanya tadi.

Seusai solat subuh mereka semua berkumpul dan membaca Yasin manakala Khairil Qushairy masih berada di Hospital menunggu Jenazah untuk di uruskan oleh pihak Hospital manakala Puan Rokiah, Tuan Roslan, Datin Roziah dan Datuk Sahak sudah berada di rumah. Beberapa sepupu Syuhada yang lelaki dan dua tiga orang pakciknya ada bersama dengan Khairil Qushairy di Hospital, mereka sedang menunggu proses untuk menuntut mayat.

“Kesian ehh cicit Anyang nie… Anyang harap cicit Anyang nie membesar dengan tabah dan kuat.” Rahimah mengusap kepala Izara yang sedang lena di atas pangkuan Datin Roziah. Sepanjang mereka membaca Yasin Datin Roziah memangku cucunya itu.

“Tulah kan mak.. kesian dia.. Kecik-kecik sudah kehilangan mama dia.” Datin Roziah memandang sayu ke arah cucunya itu.

“Nak buat macam mana Rozi dah Allah lebih menyayangi dia, harap orang yang langgar Arwah nie dapat cepat di berkas.” Seluruh Keluarga Syuhada pun naik geram dengan si pelaku, sudah buat salah terus lari, nanti bila di tangkap lagi berdouble lah hukuman yang dia dapat. Apa-apa pun mereka semua redha dengan ketentuan Ilahi.

Jenazah Arwah Kartini telah selamat sampai di rumah pada pukul 10 pagi. Di rumah semua saudara mara sahabat taulan sudah berkumpul untuk melihat Arwah buat kali terakhir. Setelah Dua jam Jenazah di rumah dan tiba lah masa untuk di kebumikan. Rahimah tidak mahu membiarkan jenazah di biarkan berlama di rumah, katanya lagi nanti tersiksa mayat, tambahan pula Arwah telah siap di kapan dari Hospital lagi, Cuma apabila di rumah balutan di bahagian wajahnya di buka sedikit untuk tatapan terakhir keluarga, hanya keluarga mereka yang lelaki sahaja yang akan pergi ke kubur mengiringi jenazah dan yang perempuan hanya tinggal di rumah.

Ramai kawan-kawan dan pekerja-pekerja Khairil Qushairy yang datang menziarahi arwah tadi, mereka semua mengucapkan Takziah dan tumpang simpati dengan nasib Izara yang kehilangan mamanya di saat dia belum mengenali dan merasai belaian seorang ibu tapi syukur kerana dia masih ada Khairil Qushairy. kaum perempuan sama-sama mengemas rumah kerana malam nie akan di adakan kenduri Arwah, Datin Roziah kata tidak payah susah-susah hendak masak, dia order katering saja dan dia baru sahaja menempah makanan, nasib baik lah yang katering tu rakan baik Datin Roziah jadi tidak lah kalut sangat hendak mencari orang, fikirannya buntu dan tidak telintas langsung apa menu hendak di hidangkan dan dia hanya memberitahu temannya supaya masak menu yang ada ayam, daging, sayuran dan juga pencuci mulut dan terpulanglah kepada temannya nak masak macam mana.


Sempat juga Pagi tadi dalam pukul enam pagi dan waktu UK pukul sepuluh malam Syuhada menghantar message kepada Qistina untuk memaklumkan berita pemergian Kartini. Tidak lama selepas menghantar pesanan ringkas itu Qistina terus menelefon Syuhada dan sempat juga Syuhada berbual dengannya dalam sepuluh minit, teman-teman di sana turut terkejut dan terharu dengan berita sedih yang menimpa keluarga Khalijah terutama khairil Qushairy dan Izara.

Sunday 19 May 2013

Adakah ini takdirku 12



 Selepas subuh Syuhada berbaring semula di sisi Izara sehingga dia pun turut terlena semula, lena sungguh si comel ini tidur dan Alhamdulillah malam tadi dia tidak merenget pun cuma terjaga untuk menyusu sahaja. Mulanya Syuhada tidak terniat langsung untuk tidur semula, sedap sangat dia peluk si comel tu dan tidak pasal-pasal terlelap semula dan itu pun Syuhada terjaga apabila Khalijah mengejutkannya.

"Weyyy!! bangunlah.." Khalijah menguakkan langsir supaya cahaya matahari menerangi bilik, Syuhada menoleh ke arah Izara dan dia juga turut mengeliat dan membuka matanya.. Khalija duduk di sisi katil tersenyum melihatnya.

"Ala sian sayang mak chu ya.. Kena kejut dengan mak chu." Khalijah mencium pipi Izara, Syuhada dan Khalijah seronok melihat Izara mengeliat.

" Aku nak mandi dulu, kau buatkan dia susu dan check lampin dia." Syuhada mengarahkan Khalijah dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

"Yesss.. mama!" Khalijah menjawab sambil melaung, Syuhada hanya tersenyum mendengarnya sambil menutup pintu.

Selesai Syuhada bersiap, dia turun kebawah dan sebahagian keluarganya sedang bersarapan.

"Izara! tu mama Hada dan turun dah.. suruh dia mandikan Zara ye?" Khalijah memegang tangan Izara dan melambai-lambai ke arah Syuhada.

" Eee.. mama! apa kena kau Ija.. tak nak lah.. aku muda lagi.. panggil mak su je ya sayang." Syuhada mencuit pipi Izara.

" Nenek baya-baya kamu dulu kan dah ada mak lang kamu tu." Rahimah pula menyampuk.

" Ala nenek.. itu dulu-dulu sekarang dah lain lah nenek..mana ada orang kawin belasan tahun lagi dah." Syuhada cuba mempertahankan diri lah kononnya.. hihihihihi.

"Tapi kamu tu umur tengoklah dah berapa tahun." Puan Rokiah pula menyampuk sama. Adoi!! nie mesti panjang menjela kalau dah usik topik kahwin nie, manalah nak lari.. ini semua Khalijah punya pasal lah, pie buat topik panas pepagi.

"Ehhh mak!! mana boleh Hada langkah bendul..tu kak Fiqa dengan kak Kina tak kawin lagi." Fuhh ayat selamat.. Nasib baik ada alasan lain..ngeh..ngeh..ngeh.

"Apa nie sebut-sebut nama akak nie?" Syafiqa bertanya sambil menuruni  tangga.

"Apa lagi kak Fiqa topik kawinlah.. mak kata Hada umur dah berapa tapi tak kawin gak lagi.. so apa-apa hal Hada tak boleh langkah bendulkan." Syuhada berkata dan ketawa memandang ke arah Syafiqa.

"Hihihihi.. Ooooo... " panjang ‘O’ dia, Syafiqa tersengeh-sengeh dan terus masuk ke dapur, dia malas nak melayan dan memanjangkan cerita. Syuhada apa lagi cepat-cepat mengikut Syafiqa ke dapur.. itu saja jalan hendak melarikan diri.

"Bertuah betul budak-budak nie kalau pasal kahwin macam-macam alasan di buatnya." Puan Rokiah membebel, semua yang ada di meja ada yang tersenyum dan ada yang tergeleng-geleng dengan kerenah mereka.

Hari ini Syuhada dan Khalijah duduk di rumah saja melayan Izara, sepupu-sepupu Syuhada Hazrie, Hazrina dan Haliza pun ada sama, mungkin sebelah petang baru mereka ke hospital dan kemudian plan hendak makan malam di luar saja selepas itu.. biasalah hendak lepas kan tekak yang memang rindu nak makan makanan Malaysia.

“Kak Hada! Iza ingat nanti dah habis study kat Open University nie.. Iza nak sambung belajar kat UK.. so Iza ingat nak apply kat UNI yang akak belajar tu lah.” Haliza sekarang nie sedang belajar dalam jurusan business di Open University.

“ Tak da hal.. yang penting kena focus apa Iza tengah buat sekarang nie.. result tu nak kena cantik..” Syuhada berkata, tersenyum dan seronok rasanya kerana ada juga adik sepupunya yang memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Habis.. Ija nanti hospital mana kau nak apply.” Hazrie pula bertanya, Hazrie sekarang ini sedang buat praktikal dengan petronas, dia mengambil jurusan juruteknik. 

“Aku tak pasti lagi.” Jawab Khalijah. Mereka berbual bermacam-macam cerita dan sempat lagi usik mengusik.

Tengah hari mereka makan bersama-sama di rumah. Datuk Sahak, Datin Roziah, Tuan Roslan dan Puan Rokiah ke Hospital bersama dengan Khairil Qushairy manakala Izara menjadi tugasan mereka untuk menjaganya.. biasalah baby yang baru dua bulan ini bukan banyak masalah sangat cuma tidur saja yang banyak.

****************

Selepas Syuhada dan sepupu-sepupunya melawat Kartini di hospital mereka pun memulakan operasi menjelajah Kuala Lumpur tapi di sebabkan semasa keluar dari Hospital lagi satu jam hendak masuknya waktu Maghrib dan mereka pergi ke Masjid yang berhampiran dan selepas itu target utama mereka ke Mid Valley. Yang bestnya dalam kelompok mereka berlapan hanya seorang saja teruna dan tak lain tak bukan adalah Hazrie. Tetapi dia tidak kisah kerana dia hanya menghabiskan masa dengan adik-adik dan kakak-kakak sepupunya. Kira dia adalah hero pada hari ini.. hihihihi

“Jom gie makan dululah.” Syafiqa memberi cadangan, perut sudah mula terasa lapar lah tu.

“Elok gak tu.. nak tunggu movie tu ada satu jam setengah lagi nie.” Khalidah pula berkata.

“Kalau macam tu you all pergi dulu.. Ija nak gie toilet jap.. Jom Hada temankan aku.” Khalijah nie kalau tak ajak Syuhada memang tidak sah.

“ Jom” Syuhada mengikut saja, dia pun terfikir lebih baik pergi ke tandas sekarang... nanti senang hendak menonton wayang.

“Rina nak ikut sekali lah.” Hazrina pula datang mendapatkan Syuhada dan Khalijah. Setibanya di hadapan pintu tandas, tiba-tiba syuhada di rempuh oleh seorang gadis.

“Ouchhh!!.” Syuhada mengaduh sakit apabila bahunya di langgar.

“You nie tak ada mata ke?” Perempuan itu tiba-tiba memarahi Syuhada, padahal dia yang melanggar Syuhada kerana dia yang tergopoh gapah keluar dari tandas.

“Ehh! Awak yang langgar sayalah.” Syuhada cuba perbetulkan tuduhan perempuan itu dan semuanya adalah kesilapan dia.

“Dah nampak orang nak keluar yang menghalang kenapa?” Perempuan tu masih hendak pertahankan diri kononnya dia tidak bersalah.

“Ehh! Kak Zalina kan.” Tiba-tiba Khalijah menegur perempuan tu. Dan perempuan tu seperti sedikit terkejut apabila ada yang mengenalinya.

“Err.. Iya.. Nie Khalijah adik Khairil Qushairy kan?” dia bertanya pula. Syuhada hanya membuat muka tension sahaja pandang perempuan tu dan dia pun sempat menjeling memandang ke arah Syuhada.. Syuhada rasa geram dengan gelagat perempuan yang tidak ada budi bahasa ini

“Ya.. Saya Ija..” Khalijah mengiyakan dan tersenyum tapi matanya sempat mengerling ke arah Syuhada yang dia pasti menahan geram.

“Maaflah dik.. Akak nak cepat tadi.. tak sengaja terlanggar adik.. “ Tiba-tiba dia bercakap lembut dengan Syuhada.. kalau tadi awal-awal lagi cakap macam ini bukan ke elok, hati pun tidak sakit.

“Tak pa.. tak patah pun.. kalau patah saya saman akak nie.” Syuhada memerli Zalina.. tetapi Khalijah sempat memegang lengan Syuhada dan mengosok belakangnya.. Apa lagi.. dia hendak suruh Syuhada bertenang lah tu.. Perempuan itu cuma tersengeh sumbing dan cepat-cepat mengalihkan cerita ke arah Khalijah.

“So how’s your sister in law.. Akak tumpang sedih dengan apa yang berlaku.”Amboi… dan- dan je dah berubah muka sedih pula, memang pelakon handalan betul.

“Ehh! Macam mana akak tau?” Khalijah sedikit hairan.. kerana dia tahu yang Abangnya Khairil Qushairy tak ada berhubung dengan Zalina itu pun sebab Khairil Qushairy pernah memberitahu Khalijah dulu.

“Ohh! Akak tau pun dari Fadli.. dia yang bagi tahu dan akak pun ada call Que hari tu.” Katanya lagi.. tapi gaya bercakap tidak boleh berdiri tegak ke.. terliuk-liuk.. tergedik-gedik.. Syuhada yang rasa macam hendak patah pinggang menengok perempuan ini.

“Ohh.. Abang Fadli bagi tau.. Hmmmm… Ok lah kak saya nak masuk ke tandas dulu.. ohh nie sepupu-sepupu Ija.. kami pun dari lepas tengok kak Tini gak.” Khalijah memperkenalkan Syuhada dan Hazrina kepada Zalina. Syuhada tidak tunggu lama dan terus menolak pintu tandas Hazrina pun ikut sama dan beberapa saat kemudian pula Khalijah masuk kedalam tandas.

Keluar dari tandas Khalijah menceritakan kepada Syuhada dan Hazrina siapakah Zalina tu.. Rupa-rupanya kawan Khairil Qushairy. Macam mana lah Khairil Qushairy nie boleh ada kawan perempuan yang macam tu.. Nasib baik tidak jadi kakak ipar sepupu.. ish.. ish..

Mereka bertiga terus berjalan ke arah food court dan dari jauh sudah kelihatan mereka sedang menanti.. Syakina siap melambai-lambaikan tangannya takut mereka bertiga tidak perasan di meja manakah mereka semua sudah duduk.

Saturday 4 May 2013

Adakah ini takdirku 11


Sunyi sahaja suasana di bahagian ICU nie. Khairil Qushairy meminta Syuhada dan Khalijah duduk di dalam bilik  yang di sediakan khas untuk keluarga pesakit. Dia masuk ke dalam ward ICU untuk melihat Kartini dahulu, Syuhada dan Khalijah akan masuk melawat setelah Khairil Qushairy keluar. Di wad ICU pelawat di benarkan hanya dua orang sekali melawat. Syuhada melihat keliling bilik menunggu jika ada tanda-tanda larangan penggunaan telefon, tetapi tidak keliahatan sebarang amaran dan rasanya dalam bilik ini boleh gunakan telefon kut..  Syuhada terus mengeluarkan Ipad dan apa lagi terjah fb dululah.. Apabila di buka kelihatan berderet notification kerana kawan-kawan yang di UK sibuk bertanya tentang Kartini.. Syuhada berbalas chat dan yang kelakarnya kalau Syuhada seorang tidak mengapa juga, tetapi Khalijah yang duduk sebelahnya pun boleh turut sama-sama jawab menjawab di fb Syuhada,  kemudian boleh lagi terkekek tu.. nasib baik di dalam bilik, kalau di buatnya mereka berada dekat di luar semesti orang lain akan marah dengan mereka berdua.. Syuhada dan Khalijah leka melayan kawan-kawan di sana. Nasib baik lah juga Syuhada dan Khalijah membawa Ipad kalau tidak memang bosan gilalah jawabnya.

“Ishh.. Apa kerja nie.. Terkekek-kekek gelak” Khairil Qushairy menegur mereka berdua, bolehkan mereka tidak perasan Khairul Qushairy masuk ke dalam bilik.

“Tak da.. Tengah ber ‘fb’ dengan kawan-kawan rumah di UK haa..” jawab Khalijah sambil mata tetap kepada Ipad.

“Kalau nak tengok kak Tini pergilah.. Abang tunggu di sini.” Khairil Qushairy memberi peluang untuk Syuhada dan Khalijah melawat pula.

“Ok.. kita orang tinggalkan beg dekat sini jer lah..” Syuhada pula berkata sambil memasukkan Ipad ke dalam beg.

“Letak lah.. Abang ada sini.. lagi pun tak ada siapa masuk bilik nie pun... Tapi kasut tu memang kena tanggal kan tau.” Pesan Khairil Qushairy sambil tangannya menunjuk kearah kasut Syuhada dan Khalijah.

Syuhada dan Khalijah menolak perlahan pintu bilik ICU itu.. Setelah Syuhada dan Khalijah menyarungkan jubah khas untuk pelawat dan selipar yang di sediakan.. Mereka terus bergerak kearah katil Kartini. Sayu sungguh hati Syuhada melihat keadaan Kartini, matanya rapat seolah-olah sedang tidur... Syuhada mengusap-usap perlahan tangannya, badannya penuh berselirit dengan wayar.. Syuhada duduk dan mengeluarkan Yasin. Syuhada melihat Khalijah mengalirkan airmata. Dia juga turut duduk dan mengeluarkan Yasin.. Mereka membaca Yasin dengan suara yang perlahan dan tersedu sedan sambil membacanya, Syuhada terasa sedih sangat ketika membacanya. Selesai membaca mereka keluar dari wad dan masuk ke bilik menunggu semula.

######################
Satu jam jugalah mereka duduk di dalam bilik menunggu siap dan melunjurkan kaki di sofa lagi, Khalijah pun turut sama melunjurkan kakinya, dia di sofa satu lagi.. Khairil Qushairy pergi membeli minuman, ini semua gara-gara si adik manja punya pasal.. Merayu dengan si abang tolong belikan air kerana dia sudah kehausan.. Rayu punya rayu sudahnya dia ikutkan juga permintaan Khalijah. Dalam masa berehat Ibu saudara Khalijah iaitu Kamariah adiik kepada Datuk Sahak. 

“Hello! Haa Mak Teh..” 

“Mummy Ija dah ada situ ke?” .

“Belum lagi Mak Teh… rasanya tengah hari sikit kut dia orang sampai.. sebab mummy nak bawa Izara lagikan.” 

“Mak Teh tau tu dia ada kata nak ke sana tadi.. Mummy Ija kata Ija ada kat hospital tu Mak Teh call, Mak Teh pun nak ke sana nie.. rasanya lagi satu jam kut baru sampai.” 

“Ok.. Ija ada kat sini je..nanti kita jumpa ye..”

“Mak Teh nak datang, katanya dalam satu jam macam tu dia sampailah.” Khalijah memberitahu Khairil Qushairy. Dia hanya mengangguk sambil menyedut minumannya, Syuhada turut mencapai air kotak kesukaannya iaitu chrysanthemum teh dan menyedutnya dengan nikmat yang tak terkata hi..hi..hi..

“Abang nak tengok kak Tini kejap ya.” Khairil Qushairy sudah meminta diri dan dia terus menarik pintu untuk keluar.

“Hada.. aku gie toilet jap.. kau jangan lantak keropok tu sorang-sorang ye.” Eee minah nie sempat lagi tu berpesan, toilet pun bukannya jauh pun Cuma sebelah bilik nie jer.. Syuhada makan keropok sambil layan movie di youtube.. Ini sahaja cara untuk dia mengilangkan kebosanannya.

“Aik.. Cepatnya kau gie toilet tak sampai seminit pun.” Syuhada berkata tanpa memandang kearah pintu.

“Abang Que lah!” Khairil Qushairy menjawab. Syuhada tegakkan kepala dan memandang ke arahnya, terkejut juga Syuhada kerana tadi kata hendak melihat isterinya.

“Ehh.. tadi kata nak tengok Kak Tini.” Syuhada menyoal Khairil Qushairy.

“Abang dah masuk.. baru nak sarung jubah tu sekali nurse datang dan minta abang tunggu di luar dulu.. dia kata darah Tini tiba-tiba menurun.. Abang nampak doktor tengah mengerumun dekat katil dia.” Khairil berkata sambil melabuhkan duduk di sofa, Syuhada memandang mukanya yang sayu, sedih dan kerisauan jelas sekali terpancar di mukanya.

“Sabar abang Que.. kita doakan kak Tini selamat ye..” Syuhada cuba memberi kata-kata semangat kepadanya tetapi dalam masa yang sama dada Syuhada turut berdebar-debar dan mengharapkan tidak berlaku perkara yang tak di ingini.

“Ehh Abang Que!.. cepatnya keluar.” Khalijah pula menegur... Dia pun terkejut juga, masuk sahaja ke dalam bilik sekali di lihatnya ada Khairil Qushairy.

“Nurse suruh tunggu sekejap.. ada masalah dengan kak Tini.. tiba-tiba darah dia menurun, tu doktor tengah buat sesuatu.” Khairil Qushairy berkata sambil kedua tangannya menggengam rambut. Khalijah terus duduk di sebelah Khairil Qushairy dan memeluk bahu abangnya, dia juga turut memberi kata-kata semangat kepada Abangnya.

“Abang Que! Marilah kita baca yasin kat sini.” Syuhada mencadangkan kepada Khairil Qushairy.

“Betul juga tu.. Kita hanya boleh membantu macam nie saja.” Khalijah pula berkata. Kemudian kami sama-sama membacakan yasin. Selesai kami membaca yasin, sekali lagi Khairil Qushairy cuba untuk melihat isterinya tapi nurse kata.. bagi pesakit berehat dan mungkin dalam satu jam lagi mereka boleh melawatnya. Syuhada dan Khalijah mengajak Khairil Qushairy makan dulu untuk mengisi perut dan memberi tenaga.

###################

   Tok..tok..tok..bunyi ketukan di pintu bilik keluarga pesakit, mereka bertiga serentak memandang kearah pintu, kelihatan ibu saudara Khalijah iaitu Kamariah. Dia masuk bersama suaminya Borhan. Mereka bangun serentak dan menghulurkan tangan bersalam dengan Kamariah dan Borhan ataupun lebih di kenali oleh anak-anak buahnya sebagai Mak Teh dan pak Teh

“Macam mana keadaan Tini sekarang nie Que?” Kamariah bertanya dan terus melabuhkan duduk di atas sofa.

“Doktor kata kena tunggu dia tenang dan berehat sekejap.. dalam satu jam lagi baru boleh melawat dia tapi nie dah hampir satu jam.. rasanya kejap lagi boleh lah kut.” Khairil Qushairy memberitahu sambil memandang jam yang tersedia ada melekat di bilik menunggu itu.

“Darah dia tiba-tiba menurun Mak Teh.” Khalijah pula menambah.

“Allahu akhbar!.. banyakkan berdoa untuk dia Que..” Borhan suami Kamariah pula berkata. Tidak lama mereka berbual-bual Datin Roziah, Datuk Sahak, Puan Rokiah dan Tuan Roslan masuk.. Izara elok jer tidur di dalam strollernya.

 Bilik untuk keluarga pelawat mula di penuhi keluarga mereka dan ada yang sampai berdiri berbual di luar bilik menunggu itu, mereka semua juga sudah boleh melawat Kartini setengah jam yang tadi tapi kena bergilir-gilir. Tetapi doktor tak membenarkan pelawat berada lama di sisinya kerana keadaan dia tidak stabil dan mereka semua risau juga mendengar penjelasan doktor tadi, mereka semua hanya mam pu berdoa supaya Kartini dapat sedar semula.

#########################

Syuhada dan Khalijah balik ke rumah terlebih dahulu.. Syuhada menaiki kereta Khalidah kakak kepada Khalijah.. penat punya pasal Syuhada terlelap di dalam kereta dan tahu-tahu sudah sampai di rumah dan jangan tidak tahu si comel itu pun Syuhada bawa balik bersama. Syafiqa dan Syakina masih berada di hospital, mereka pun baru sampai.. sedang Syuhada bersiap hendak balik kakak-kakaknya sampai.. Sempat juga Syuhada melepaskan kerinduan kepada kedua kakaknya, nanti di rumah mereka masih boleh sambung berbual untuk melepaskan kerinduan masing-masing.

Syuhada membawa diri ke dapur manakala Khalijah membawa Izara ke atas untuk di bersihkan. Malam ni lepas maghrib ada kenduri sedikit, Datin Roziah mengadakan bacaan yasin untuk menantunya.

“Assalamualaikum..” Syuhada memberi salam apabila menjejakkan kaki ke dapur, dan serentak Salimah, Rania dan Sutini menjawab salamnya. Sutini adalah pembantu rumah keluarga Syuhada, di sebabkan tiada sesiapa di rumah jadi Puan Rokiah membawanya sekali ke rumah Datin Roziah dan dalam masa yang sama dia dapat membantu memasak untuk kenduri kecil ini sekali.

“Ehh.. Hada!! Udah pulang semuanya ka?” Sutini bertanya.

“Belum semua masih di hospital, kejap lagi sampailah mereka semua.” Syuhada menarik kerusi dan duduk di sebelah Salimah.

“Kamu nak makan atau minum ke? Kak Imah siapkan.” Salimah bertanya kepada Syuhada.

“ Ehh.. tak payah.. tadi saya dah makan tengah hari di luar, kalau saya lapar saya ambil sendiri Kak Imah tak payah risau.” Syuhada berkata sambil tersenyum kearah mereka semua.

“Ada apa-apa yang hendak di tolong ke Kak Imah, Rania?” Khalijah pula muncul dan terus bertanya.

“tidak apa-apa... Cuma mahu masak saja, semua bumbu untuk di masak udah siap di potong dan di bersihkan, kuih juga udah siap di masak.” Rania pula menerangkan.

“Si kenit tu tidur ke?” Syuhada bertanya kepada Khalijah.

“Dah hampir nak tidur kut, aku dah mandikan dia, tu mak lang dia siapkan dan tengah bagi dia susu.” Khalijah duduk di sebelah Syuhada dan sempat lagi dia menciluk jus oren Syuhada yang di sediakan oleh Sutini tadi.

“Deyyy!!” syuhada menegur Khalijah dan dia sekadar menyengeh.

###########################

 Alhamdulillah selamat sudah majlis bacaan Yasin untuk Kartini, keluarga dapat dapat berkumpul semuanya, rumah riuh rendah sambil menjamu selera sambil berbual, Datuk Sahak memasang satu khemah di luar untuk keselesaan keluarga besar mereka makan bersama.

“Berapa lama cuti nie Ija, Hada.” Halija kakak sepupu mereka bertanya.

“kami ambil dua minggu je kak ija.” Khalijah menjawab.

“ Exam memang dah habis tapi kelas masih kena attend gak.. kami ada lagi sebulan lebih je lagi nak settle semua dan balik terus ke Malaysia.” Syuhada pula menambah.

“Ehh.. kau orang tak ada ke tersangkut ngan mat saleh ke pak itam ke.. yelah tiga tahun kat sanakan.”Shamsul sepupu Khalijah pula bertanya, dia ini kalau bertanya soalan tak munsabah selalunya, ayat main langgar saja.

“Cehhh.. ada ke pak itam pun dia nak masukkan dalam senarai mencari boyfriend.. apa da abang Sham nie.” Khalijah mencemik bibir sambil berkata dan yang lain hanya tertawa sahaja mendengar usikan dari shamsul.

“Tah nya abang Sham kok mat saleh tu ok gak lah lagi.." Syuhada pun sama nak memenangkan dirinya.

“Abih dah ada calon boyfriend ke belum nie?”Hazrina pula bertanya.

“Tak kuasa nak couple nie, dahlah kita orang nie merantau menuntut ilmu, kang sibuk ngan pak we, belajar ke mana apa pun ke mana.” Syuhada berkata lagi, memang tiada masa untuk mereka hendak mencari jodoh di UK kepala yang sudah serabut dengan pelajaran nanti lagi berserabut dengan masalah lain pula.

“ Tahnya.. tak payah nak cari-cari deh.. jodoh tu ketentuan Allah, dah tu kita orang nak focus sampai graduate lepas tu baru boleh nak fikirkan.. itu pun kok nak ada terfikir nak ada pak we.” Hihihihihihi Khalijah ketawa,  sepupu mereka ada yang turut ketawa sama dan ada yang tersenyum sambil mengiyakan kata-kata  Syuhada dan Khalijah.

Sedar tak sedar jarum jam sudah menginjak ke pukul 12.30 malam, keluarga besar beransur beransur-ansur pulang ke rumah mereka. Malam nie sekali lagi Izara tidur bersama Syuhada dan Khalijah, Awal-awal lagi Khalijah sudah memberitahu Khairil Qushairy dan nak tak nak dia terpaksa mengizinkannya juga.


# SELAMAT MEMBACA#