Friday 29 June 2012

Jual Mahal lagi- final


"Dah siap ke barang-barang kamu berdua nie." Datin Nurshamsiah bertanya kepada Nuratikah dan Irfan.
"sudah ibu." Balas Atikah sambil menuangkan air ke dalam cawannya.
"Abang nak nasi goreng ke nak kuih nie." Atikah bertanya kepada Irfan.
" Bagi Abang nasi goreng." Irfan menghulurkan pinggan sambil tersenyum.
"Ehh.. ayah mana ibu." Irfan bertanya kerana bapa mertuanya tidak bersarapan sama.
" Baru keluar, dia dah sarapan..ada meeting sikit hari nie katanya." Datin Nurshamsiah menjawab sambil melihat anak dan menantunya bersarapan. Hatinya sungguh bahagia melihat mereka berdua dan dia berharap semoga kebahagian anak dan menantunya berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Ibu.. Ika nak keluar tengah hari nie..jadi kami tak makan kat rumah.. malam nanti kita makan bersama-sama ye." Sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah suaminya.
"Oklah..ibu pun nak keluar dengan mama kamu nie." kata Datin nurshamsiah.

"Sayang nak cari apa lagi nie.. nanti tak pasal-pasal kita kena beli extra luggage pulak." usik Irfan.
" Abang nie.. tak Ika nak cari novel dalam empat ke lima buah..jom kita gie popular kejap sayang.." Atikah mula melangkah memasuki popular yang sangat popular untuk kalangan pencinta novel mencari keluar terbaru dan lama.
selepas membeli beberapa buah novel Atikah dan Irfan bertemu dengan Shamsul dan Wafa kerana mereka telah berjanji untuk makan tengah hari di luar bersama hari ini.

Akhirnya aku dan Irfan selamat menjejakkan kaki di tanah inggeris ini, cuaca buat masa ini sudah pertengahan musim panas dan aku tak perlu risau untuk memakai baju tebal-tebal lagi. Kami menyewa hotel malaysia di sana. Semua itu permintaan aku dan Irfan hanya menurutkan kerana dia tahu aku mesti nak makan masakan melayu juga dan kami menetap di Holiday Villa di Bayswater.
“Sayang kita duduk dekat kerusi ni dulu, Abang penatlah..”Irfan terus menarik tanganku untuk dudk sama.
“Aik! Dah surrender ke sayang?” aku menjeling manja kepada Irfan sambil membuka penutup botol mineral dan menghulurkan kepadanya.
Irfan meneguk air mungkin dah terlalu haus kut. Yelah kami berjalan dari Trafagal Square kemudian kami berjalan ke Bugkingham Palace dan kami melihat Palace yang sentiasa menjadi tempat Queen dan keluarganya meraikan rakyat. Kawasannya sungguh luas dan aku suka tengok Queen guard nie dan aku terfikir sendiri tak berat ke kepala dia orang nie memakai topi yang berbulu dan tinggi begini. Aku dan Irfan tak melepaskan peluang bergambar bersama pengawal istana itu, tapi mereka nie kita tak boleh sentuh.
“Ehh! Berangan ye.” Irfan mencuit hidung aku.
“Hihihihi.. sesekali apa salahkan.” Aku tersenyum kepadanya.
“Jangan berangan benda lain tau, tapi kalau berangan pasal abang tak pa.” dia cuba mencuit pinggang aku pula, aku memang tak tahan bila pinggang di cuit dan aku menahan tangannya.
“Ehh.. jelous ke?” aku sengaja mengusik lagi.
“Mestilah.. abang nak dapatkan sayang bukan senang tau. Sayang jual bukan main mahal tau.” Dia berkata tapi tangan tak boleh duduk diam ada je yang dia cuit aku nie.
“Ha..ha..ha..” aku ketawakan dia kemudian aku jelirkan lidah kepadanya.
“Dah jom lah bang. Kita boleh balik hotel dan solat zuhur sekali.” Aku dah menarik tangan dia untuk bangun.
“Ok..ok.. esok lah kita beli gift tuk dia orang. Abang dah penat sangat nie.. sayang tu kalau boleh satu London nie nak di roundkan.”
“Ala.. kalau boleh satu England nie Ika nak round tau..” sambil mencebik dekat Irfan.
“yelah tu.. abang tau bini abang nie kuat berjalan, macam tu kita kena duduk kat sini lama sikitlah, barulah boleh habis melawat satu Uk nie kan..” dia dah mula nak menyakat aku lelebih. Aku hanya menjeling dan buat-buat merajuk. Tapi Irfan pandai memujuk dia terus memaut bahu dan mencuit hidungku dan aku apa lagi terus tersenyum, Aku terasa sungguh bahagia dan terasa rugi kerana membencinya dulu dan benarlah kata orang-orang tua, Jangan terlalu benci dengan orang tu nanti akan jatuh cinta akhirnya dan ini yang berlaku kepadaku..

“Mana pakcik Arifin nie?” aku mencari-cari jika ada ternampak kelibat pemandu ayah.
“Tu haa..” Irfan memuncungkan mulutnya dan aku pun berpaling ke kiri dan melihat pak Abu tengah melambai-lambai ke arah kami.
“Apa khabar pak abu?” Irfan bertanya sambil bersalam dengan pak abu.
“Alhamdullilah.. sihat walafiat.. kamu tak jumpa pak Abu pun baru seminggu..hi..hi..hi..” pak abu ketawa sambil membuka bonet kereta. Irfan memasukkan beg kami ke dalam kereta dan dia terus duduk di tempat duduk di bahagian depan manakala aku memang sudah duduk bersandar di belakang penat kerana perjalanan yang memakan masa selama 12 jam.

Dua bulan kemudian
“Ibu tengok Ika nie macam tak sihat je.. muka tu nampak pucat.” Datin Nurshamsiah mengusap-usap kepala Nuratikah yang baru melepaskan lelah selepas balik dari kerja. Hari ini Nuratikah balik Awal kerana dia rasa tak berapa sihat dan dia minta Irfan hantarkan dia balik Lunch time tadi dan Irfan pun dah memberitahu papanya yang dia berdua balik awal hari nie kerana Nuratikah tidak berapa sihat.
“Tulah Ibu.. Irfan dah call shamsul dan dia kata lagi 1 jam dia sampai.” Sambil mengusap-usap tanganku.
“eloklah kalau macam tu.. bawa Ika naik atas.. Ibu suruh mak som masakkan bubur tuk Ika.”
Irfan memapah Atikah masuk ke dalam bilik, Dia pun hairan kerana Nuratikah tak demam tapi badan dia nampak lemah dah tu tak berselera nak makan. Irfan suruh Anuratikah baring dan dia masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk dan dia nak solat zuhur dulu.
“Sayang.. bangun solat dulu..” usai dia solat dia mengejutkan Nuratikah dia sengaja tidak mengajak Atikah solat bersamanya kerana dia nak bagi Atikah berehat sekejap.
“Abang dah solat ke?” Atikah mengosok-gosok matanya.
“Sudah sayang.. baru je lepas.. abang saja kesian tengok sayang macam nie tu abang solat dulu dan abang nak biarkan sayang rehat dulu.” Irfan mengosok-gosok kaki Nuratikah. Atikah cuba untuk bangun dan nak ke bilik air.
“Sayang ok tak nie.” Dia cuba untuk membangunkan Atikah.
“Ika ok bang.. dah terlelap sekejap nie rasa ok sikit.. biar ika ambil wuduk dulu.” Atikah berjalan ke bilik air. Irfan tak bagi Atikah mengunci pintu takut kalau terjadi apa-apa kepada Atikah semasa dalam bilik air dan dia dapat masuk.
Dalam masa menunggu Atikah solat Irfan ke dapur untuk melihat sama ada mak som dah memasakkan bubur untuk Nuratikah.
“Ehh.. Irfan nak makan ke? Mak som sediakan sekarang.” Mak som bertanya kerana sekarang memang masa untuk makan tengah hari, dia dan Datin Nurshamsiah dah sudah makan sebelum mereka sampai.
“Err.. saya makan dengan Ika sekalilah.. bubur dia lama lagi ke nak masak mak som?” Irfan meninjau ke dalam periuk.
“ sikit lagi nie.. dah siap nanti mak som panggil Irfan ye.”kata mak som lagi.
“Yelah saya naik tengok Ika dulu.” Irfan sempat meninjau ke luar dulu jika-jika shamsul sudah sampai.

Tok..tok..tok.. bunyi pintu bilik mereka di ketuk. Irfan membuka pintu.
“Irfan ajaklah Ika makan.. mak som dah siapkan.”
“ok.. mak som.. saya panggil Ika dulu. Mak som terus turun kebawah dan Irfan sekali lagi mengejutkan Nuratikah, dia baring hingga terlelap selepas solat tadi.
Ketika mereka makan terdengar suara Shamsul dan Wafa memberi salam dan mereka semua menjawab salam serentak. Shamsul terus menyalam Ibunya dan dia mengusap-usap kepala Nuratikah. Dia memang teramat sayang dengan Adik-adiknya.
“lepas makan nie abang check Ika tau dan abang pun nak suruh Ika check something dulu.” Shamsul menarik kerusi dan duduk sebelah Ibunya yang tengah mengadap Nuratikah dan Irfan makan. Dia jatuh kasihan dengan Anak Ika yang tak berselera makan.
“Ehh.. dah makan ke belum nie. Mak som!! Tolong bawakan satu pinggan ke sini.” Datin Nurshamsiah tau Shamsul mesti akan makan.
“Dah tadi dengan Wafa.. tapi mana boleh tolak rezeki depan matakan.. hihihihi” dia tergelak.
“Abang kalau dah nampak asam pedas ikan pari..biasalah dah makan pun boleh jadi lapar.” Wafa pula mengusik suaminya sambil menghulurkan syazwa kepada Datin Nurshamsiah. Wafa telah selamat melahirkan anak perempuan dan dia pun baru 3 minggu habis pantang.
“Mestilah yang.. mak som punya asam pedas nie memang sapa-sapa tak boleh challenge.” Sambil menghulurkan pinggan ke pada wafa yang sudah bersedia tuk menyendukkan nasi.
“Mak som macam nie mak som kena turun kan ilmu asam pedas nie dekat Wafa.” Dan mereka sama-sama ketawa.
“Comelnya cucu nenek nie.” Datin Nurshamsiah mencuit-cuit hidung Wawa yang sedang lena.

Shamsul check tekanan darah dan degupan jantung, dia juga bertanya tentang putaran haid adiknya dan kemudian dia suruh Wafa bagikan bungkusan yang Wafa beli di farmasi tadi.
“Nie pergi test for confirmation.. lepas tu daru boleh cerita panjang.” Shamsul berkata sambil tersenyum dengan adiknya.
“Apa nie?” Nuratikah sedikit hairan. Dia keluarkan dari bungkusan tu dan dia hairan kenapa abangnya nak suruh dia buat pregnant test.
“Pergi je lah test.. Sayang ajarlah Ika tu..” Shamsul mengarahkan Wafa membantu kerana dia tau adik dia blur sikit dengan benda-benda yang dia rasa macam remeh nie. Datin nurshamsiah dah tersenyum dan mengharapkan berita baik juga.
Selepas 10 minit Nuratikah keluar dari bilik air dan semua memandang ke arahnya. Nuratikah sudah tersenyum lebar dan mengoyang-goyangkan pregnant test tu.
“Alhamdullilah sayang.” Irfan awal-awal lagi terus mendapatkan Ika apabila melihat Nuratikah mengoyangkan test tu dan bila di lihatnya ada dua jalur dan itu menandakan Nuratikah pregnant dan dia terus mencium pipi isterinya kerana terlalu gembira dengan berita baik tu.
“Alhamdullilah.” Yang lain pun mengucapkan syukur serentak.
“Sekarang dah taukan apa punca dia tak berapa bermayakan. So nanti Irfan kau datang klinik ambil vitamin tuk Ika.
“Nanti Ika kita buat check-up susulan dan berapa lama period Ika lewat.” Shamsul bertanya tuk memastikan berapa minggukan usia kandungan adiknya.
“Nak masuk 4 minggu dah.” Nuratikah menjawab sambil kepalanya terlentok di bahu Irfan.

Petang tu riuh rumah Datin Nurshamsiah apabila kembar dah balik dari sekolah dan keluarga Irfan pun sama turut berkumpul. Mereka seronok mendapat berita baru kerana bakal menerima orang baru dalam keluarga mereka.
“Ika dulu bukan main benci kau dengan Irfan.. sekarang tengok tangan tu gak di peluk siang malam.” Wafa mengusik Nuratikah sambil menyusukan Wawa.
“Itu dulu.. masa memang tengah benci sekarang tak boleh lagi dah.” Dia berdua tergelak-gelak bila terkenangkan kisah sebelum Nuratikah mula boleh menerima Irfan macam-macam kata keluar sebab benci sesangat.
Abang!!.. sakit..” Nuratikah dah menjerit mengejutkan Irfan.
“Ya Allah yang.. dah basah tilam nie.. sayang kencing atas katil ke?” Irfan melompat dari katil terperanjat Nuratikah menjerit dan dalam masa yang sama dia terasa tilam basah.
Tiba-tiba bunyi ketukan di pintu bilik. Irfan cepat-cepat membuka pintu dan dia kemudian meluru mendapatkan Nuratikah yang dah mengerut-ngerut muka menahan sakit. Dato Hanafiah dan Datin Nurshamsiah pun sama meluru mendapatkan Atikah. Mereka sebenarnya pun terperanjat mendengar suara Atikah menjerit. Mereka memang tengah menunggu masa untuk Atikah bersalin.
“Irfan! Dah bawa Ika ke hospital dia nak bersalin dah nie. Nie air ketuban pun dah pecah. “
“Biar Ayah tukar seluar dulu dan startkan enjin kereta.” Dat Hanafiah berkata sambil melangkah keluar.
“Bagi Ibu tudung Ika tu, kamu pergi tukar seluar takkan nak ke hospital dengan pijamas nie.” Datin Nurshamsiah dah tergelak melihat kekalutan menantunya, yelah orang tak ada pengalaman nak menerima kehadiran cahaya mata.
“ehh.. yelah ibu.” Dia tersengih dan terus mencapai seluar di dalam almari. Datin nurshamsiah mencapai beg yang terisi barangan baby dan Ika yang memang Ika telah sediakan dua hari sudah.
Irfan mencium dahi Nuratikah dan dia mengucap syukur kerana isterinya telah selamat bersalin dan baby dia pun selamat, dia juga tumpang kasihan melihat isterinya yang berhempas pulas untuk melahirkan anak sulung mereka ini, dan dia juga sungguh teruja bila melihat anaknya keluar, senyum di bibirnya tidak lekang dan dia teramat bersyukur ke hadrat ilahi.
“Haa.. tu Irfan.” Datin Kalsom dah bangun dan terus mendapatkan Irfan.
“Anak apa? Macam mana Ika? Dia ok ke?” Datin Kalsom bertanya macam peluru berpandu pula.
“Mama nie bertanya sekali satu nafas, boleh semput macam nie.” Irfan sempat lagi mengusik Datin Kalsom pada hal mama dia dah kerisauan mengenangkan menantu dia.
“Irfan dapat hero!!” sambil peluk mamanya. Kedua orang tua Irfan dan Nuratikah mengucapkan syukur.
“Ala comelnya dia.” Datin Nurshamsiah berkata kepada Datin Kalsom. Mereka sungguh gembira tengok cucunya lahir sihat.
Irfan duduk sebelah Nuratikah sambil mengusap-usap bahu isterinya dan mereka berdua tersenyum melihat kedua-dua orang tuanya sibuk nak mendukung anaknya pada hal ini bukannya cucu sulung mereka pun. Irfan dan Nuratikah telah sepakat untuk memberi nama anaknya Muhammad Alfian. Atikah sungguh bersyukur kerana dia dapat berkongsi kasih dengan suami tercinta dan anak ini lagi mengeratkan kasih sayang mereka.

p/s dah tamat