Tuesday 14 February 2012

Jual Mahal Lagi 10


Di pejabat Dato Hanifah.
"Bagaimana mereka berdua? "
" Dah kurang bergurau dan luch time pun mereka dah tak makan bersama lagi Datuk. " Setiausaha Datuk Hanifah memberitahu. Segala perhubungan mereka di office telah di sampaikan oleh setiausaha Datuk Hanifah, Kira setiausaha nie adalah spy kepada Datuk Hanifah dan Datuk Khairil.
"Tak pa..biarkan mereka, terlampau nak berahsia..biar mereka kena." Dato Khairil pula berkata dan mereka bertiga ketawa bila memikirkan hal itu.
Sudah seminggu Atikah dan Irfan menahan rindu, mereka masih bersikap biasa di office dan berbual mesra di hadapan staff, tapi hati masing2 hanya tuhan yang tahu kesedihan mereka. Hari ini Irfan mendapat balasan email dan Irfan berjaya untuk menyambung belajar di UK, dia akan memberitahu papa nya di rumah nanti. Tapi dia tidak menceritakan kepada Atikah kerana dia tak mahu Atikah bersedih
" Assalamualaikum..." Atikah memberi slaam setelah pulang dari office.
" Walaikumusalam.." Wafa menjawab salam, Wafa sudah jarang ke butik mama nya kerana kandungannya dah 6 bulan dan dia mudah letih, mamanya dan ibu melarang dia melakukan terlalu banyak kerja..
" Ohh..Ika, Why your face looked pale dear? " Wafa mengusap pipi iparnya
" No..lah i'm fine, Cuma penat dengan office work je." Atikah cuba berdalih..padahal hatinya susah memikirkan siapakah jodohnya dan beberapa bulan lagi dia bakal menjadi isteri seseorang.
" Ehh..anak ibu dah balik." Atikah terus bersalam dengan ibunya.
" Ika naik atas mandi dulu ye Bu." Datin Nurshamsiah menganggukkan kepala dan dia kasihan melihat satu satunya anak dara dia yang dulu ceria kini lebih banyak mendiamkan diri dan kurang untuk berkata2 dan dia percaya bila masa dan ketika itu tiba dia mesti akan berterima kasih kepada semua.
Atikah dan Irfan sedikit pun tidak berbual pasal jodoh mereka dan mereka hanya berbual mengenai kerja sahaja dan tiada lagi balasan sms antara mereka, jadi Atikah tidak tahu bila majlis Irfan akan berlangsung begitu juga dengan Irfan kerana semua orang tidak menceritakan apa2 kepada mereka, walaupun Irfan kerap ke gym dengan Shamsul sedikit pun mulutnya tidak mahu bertanya mengenai siapa bakal suami Atikah, baginya biarlah luka itu di pendamnya sendiri dan mungkin dalam masa dia di UK luka itu akan sembuh sedikit demi sedikit.
" Ika lepas makan nie jangan naik atas dulu tau. Ayah ada benda nak bincang nie."
" Baik Ayah." Atikah menjawab, Datin Nurshamsiah dan Wafa saling berpandangan dan ada selarit senyuman di antara mereka.
selesai semua di meja makan dan selepas Atikah membantu mak Som mencuci pinggan mangkuk dia pun membawa diri untuk duduk di depan Ayah dan Ibunya, Dah berminggu dia tak duduk bersama2 keluarga,selalunya dia akan ada duduk bersama keluarganya setiap kali selepas makan malam kerana membawa hati yang lara.
" Ika kami dah buat keputusan yang majlis akan di langsungkan dalam 3 minggu lagi kerana bakal suami kamu akan sambung belajar di oversea." Kata Dato Hanifah
" Aaaa..cepatnya..tapi..Ika..Ika.." Atikah termati kata.
" Kenapa Ika? " Datin Nurshamsinar bertanya pula.
" Tak ada apa apa ibu, kalau itu keputusan Ayah dan Ibu Ika ikut saja." Kata Atikah sambil menundukkan kepala bagi nya segalanya berpusing sekarang ini.
" Syukur alhamdullilah kerana kamu setuju. Ayah tahu kamu seorang anak yang baik dan kamu juga boleh menjadi isteri yang baik dan belajarlah menyayangi suami kamu nanti." Menitik air mata Atikah apabila Ayah nya berkata begitu dan terus di peluk Ibunya. Datin Nurshamsinar juga turun mengalirkan airmata tapi bukan airmata sedih..ianya airmata gembira kerana anaknya seorang yang patuh pada perintah kedua orang tua,walaupun hati nya tidak dapat menerima lamaran untuknya tapi dia sanggup berkorban untuk kedua orang tuanya.
" Bersabar ye sayang..dan Ibu percaya kamu tidak akan menyesal dengan keputusan yang kamu buat ini." Sambil mengusap kepala Atikah manakala Wafa hanya memeluk lengan suaminya untuk menahan sedih.
persiapan perkahwinan di uruskan oleh keluarga mereka tidak mahu menyibukkan diri dengan urusan persiapan, dan semasa mengukur baju untuk nikah dan bersanding pun mereka ikut je arahan ibu dan mama tapi mereka tidak pergi serentak..kalau tak habis lah plan. Di office Dato Hanifah dan Dato Khairil telah berpesan kepada ke semua staff supaya mengunci mulut mereka dari menceritakan hal majlis nanti, sebenarnya hanya Atikah dan Irfan je yang tidak mengetahui bahawa mereka berdua akan di satukan. Tambahan Atikah mula bercuti walaupun majlis berlangsung lagi 2 minggu. Dia tidak sanggup lagi bertembung dengan Irfan dan dia takut untuk melepaskan Irfan dari hatinya begitu juga dengan Irfan.
" Irfan nak ikut mama tengok hotel tak, mama nak tengok dia orang siapkan pelamin nie..2 hari lagi majlis kamu dah nak berlangsung."
" Tak pa lah, mama pergi je lah dengan kakak, Irfan mengantuk." dia memberi alasan, biarlah.pada hari langsung nanti dia akan melihat juga rupa pelamin itu.
"Ok lah nanti jangan menyesal pula kalau tak cukup itu ini." Nafisa pula menyampuk.
" Tak pa." Dan Irfan terus naik ke biliknya, Nafisa dan mama hanya tersenyum dengan putera kecewa itu.
Esok tamatlah sudah status anak dara yang di pegang Atikah,kerana dia akan di ijab kabul kan esok selepas solat asar. Dan malam ini jarinya telah di penuhi dengan inai dan juga ukiran. Riuh rendah suara saudara maranya di banglo Dato Hanifah. Irfan pula semalam sudah minta izin kepada mama untuk bermalam di hotel, kononnya dia nak menyepi tetapi, sepupu lelakinya telah duduk sama di bilik hotel itu. Mama awal2 lagi dah tempah bilik bila Irfan kata nak tidur di hotel sebelum majlis berlangsung. Dan hotel yang untuk majlis berlangsung mamanya telah menempah suite dan telah di hias cantik untuk bakal pengantin.
" Kau nie Ika.. wan tengok.. sodih yo..apo ko macam nie ghoman kau..orang nak nikah nie muko tu biar lah besori..." Wan Maimon menegur Atikah dan dia juga tahu apa yang berlaku sebenarnya, dia juga suka Irfan menjadi cucu menantu nya.
" Tak da lah wan, Ika biasa je..cuma risaukan hari yang bakal berlangsung esok." Atikah cuba berselindung dari kesedihannya itu.
"Dah..tak payah kau nak risau an doh..sonyum sikit.. nie wan nak posan, dongar dan patuh cakap suami tu,jangan di lawan pasal syurgo di telapak kaki suami, dan cubo2 lah cinta kek suami tu yo..mulo2 memanglah tak berapo nak berkonankan tapi kalau kau cubo tanam kan sifat sayang tu lamo2 kau cinta jugak lah kek dio." Wan Maimon menasihat dan mengusik Atikah.
" Wan nie..ada saja kan.." Atikah tersenyum dengan usikan wan nya itu.
Penantian dalam penyiksaan tiba juga. Selepas solat jumaat Irfan balik dan bersiap di bilik hotel. orang kuatnya adalah Saiful dan Safwan, Dia memakai baju melayu putih dan samping serta siap bersongkok. dia nampak segak tapi hati nya tetap bersedih. Tapi dia telah bertawakal dan berdoa supaya buka kan pintu hatinya untuk mencintai bakal isterinya ini. Setelah masuk ke dalam kereta suatu kejutan telah berlaku.
“Jap..jap.. baru abang perasan.. kenapa kamu berdua ada di sini..bukan kamu patut ada di rumah sekarang nie.” Irfan sedikit kehairanan.
“Kak Ika angkat nikah malam nanti..so kami banyak masa lagi..dah tu aunty yang suruh kami temankan abang sekali..kesian pula dengan abang ikhwan tu..” mereka bertiga tersengih-sengih manakala Irfan mengaru-garu kepalanya.
“macam-macam lah kau orang bertiga nie..” Irfan terus membuka pintu kereta.
" Ehh..Tak nak la..." Irfan membantah.
" Tak boleh abang nie arahan papa abang dan kami hanya ikut apa yang uncle suruh dan uncle juga kata yang abang nie anak yg taat kepada orang tua. Tak kan abang nak ingkar kata uncle." Safwan cuba memujuk Irfan.
Irfan akur dan menurut apa yang di suruh oleh kembar dan dia hairan tak pernah di buat orang nak pergi bernikah kena tutup mata bagai..surprise sesangat lah nie.
Atikah di dalam bilik sudah hampir siap, dia mengenakan kebaya moden dari kain lace, dia kelihatan sungguh cantik dan berseri seri, Wafa, Rozida dan Adlina sentiasa bersamanya di dalam bilik. Wafa memang tak di beri membuat kerja kerana kandungan nya sudah 7 bulan lebih. Bagi dia semuanya ok je tapi Ibu dan Mama yang melarang.
" Pengantin lelaki dah sampai" Shamsul masuk ke bilik memaklumkan kepada Atikah. Dan degupan jantung Atikah semakin kencang dan dia rasa seram dingin, dia memikirkan harus atau tidak untuk dia bertemu dulu dengan bakal suaminya sebelum dia sah menjadi isteri kepada pasangan nya itu.
Di bawah pula Irfan terpaksa berjalan sambil di pimpin oleh Saiful dan Safwan, dia tak di benarkan membuka penutup mata itu sehingga dia duduk di hadapan kadi. Tuan kadi telah di terangkan oleh Dato Hanifah dan Dato Khairil tentang perkara ini. Setelah dia duduk, penutup matanya di buka dan dia berasa malu juga kerana sekelilingnya telah ramai orang dan tersenyum2 memandangnya.. Irfan menundukkan kepala dan dia rasa seperti pernah ke rumah ini tapi dia tak pasti kerana dia tak mahu melihat keliling lebih baik dia hanya menundukkan kepala.
Di bilik pengantin.
" Wafa please cakap ngan Ayah izin kan Ika bertemu dengan bakal suami Ika dulu." Atikah merayu kepada Wafa..Akhirnya Atikah menukar fikirannya untuk bertemu dahulu dengan bakal suaminya.
" Kejap ye..Wafa panggil abang." Wafa keluar dari bilik dan melambai ke bawah ke arah suaminya. Dan Shamsul cepat cepat naik ke atas kerana dia tak mahu adik dia buat hal.
" Kenapa sayang? " Shamsul bertanya di separuh tangga.
" Ika nak cakap dengan Ayah dulu dan dia nak minta izin berjumpa dengan bakal suami dia dulu."
" Ohh..itu jap abang bagi tau ayah." Shamsul berlari turun dan terus di khabarkan permintaan Atikah itu. Dalam masa yang sama Irfan hairan kenapa Shamsul yang sibuk bercakap dengan Dato Hanifah. Belum habis dia nak bermain teka teki di dlm kepalanya tuan kadi telah menyuruh dia untuk bertemu dengan bakal isterinya dahulu.
" Mari sini aku ikut kau Irfan, kang aku takut kau kok pengsan." Shamsul sempat berlawak.
" Banyak lah kau punya pengsan." Irfan tersenyum dan menjeling  
Sebelum masuk ke bilik Irfan memberi salam.
" Assalamualaikum.."
" Walaikumusalam.." Wafa menjawab, Adlina dan Rozida keluar dari bilik dan membiarkan mereka berempat untuk bercakap dahulu.
" Abang!" Alangkah terkejutnya Atikah dan Irfan bila tengok yang mereka di jodohkan berdua.. Atikah terus mengalirkan airmata.
" Woi Ika habis make up kau… menangis dah jadi comot." Shamsul menusik adiknya,sebenarnya dia pun sedih juga melihat keadaan kedua2 nya sebelum ini.
" Dah jangan menangis nak kawin ke tak nie..dah bro lepas nie kau tataplah muka Ika tu,tak payah buat muka seposen tu lagi..senyum tu kasi sampaikan ke telinga." Shamsul menepuk bahu Atikah dan Irfan serentak.
Irfan juga bergenang airmata kerana tak sangka rupanya bakal isterinya adalah orang yang paling di cintainya..sungguh pandai mereka semua menjalankan rancangan.
"Atikah setuju ke tidak dengan bakal suami kamu yang ayah nak nikah kan nie." Tanya Dato Hanifah yang muncul tiba-tiba di muka pintu.
" Setuju ayah." Atikah menjawab malu kepada ayahnya sambil di pandang oleh Irfan.
" Kalau macam tu senyum sikit, Ayah nak tengok anak ayah senyum dulu kalau tak ayah cancel kan je." Dato Hanifah masih boleh sempat melawak. Atikah tersenyum ke arah Ayah dan Irfan.
Dengan sekali lafaz dan dan berwalikan Dato Hanifah, Nuratikah dan Khairul Irfan sah menjadi suami isteri. Tetamu semua menjamu selera di luar khemah yang telah di sediakan. Malam pula akan ada majlis berinai kecil. Selesai majlis berinai Irfan berjumpa Atikah dan dia juga berterima kasih kerana tidak membantah pilihan kedua orang tua mereka.
Mereka tiada peluang untuk berdua kerana banyak yang menyakat dan katanya kalau nak berdua tunggu lepas majlis di hotel esok.
#################
Majlis yang berlangsung di hotel sebentar tadi berjalan dengan lancar dan ramai tetamu yang memuji pasangan pengantin.
Dato Hanifah, Datin Nurshamsiah, Dato Khairil dan Datin Kalsom tersenyum puas kerana hajat mereka tercapai dan majlis pun selesai dengan selamatnya. Pasangan pengantin pula tidak balik ke rumah tapi mereka terus ke suite ke tingkat atas hotel yang memang telah di tempah oleh Datin Kalsom.
Selesai Atikah mandi di lihatnya Irfan telah terlelap di atas katil. Atikah mengeluarkan pakaian untuk di pakai dan dia juga membuka beg Irfan untuk menyediakan pakaian suaminya kerana dia nak berjemaah solat maghrib bersama suaminya.
" Abang.. Bangun mandilah dulu lagi setengah jam dah nak maghrib." Irfan malas-malas untuk membuka mata dan tersenyum ke arah isterinya. Dia bangun dan duduk di tepi katil dan di tarik nya Atikah ke dalam pelukannya dan satu ciuman hinggap ke dahi isterinya.
" Thanks dear" dan memeluk isterinya. Atikah rasa malu juga dengan cara Irfan tapi dia tidak mengelak kerana itu suaminya.
" Mandi dululah, lepas nie kita boleh solat bersama." Atikah bersuara lagi..dia tak nak melayan dahulu takut nanti terlebih pula.
Dalam masa Irfan mandi Atikah menyediakan sejadah dan dia tak sangka akan solat berjemaah dan berimam kan suaminya, dia teramat bersyukur dengan rahmat allah.
Selesai solat mereka bersiap untuk makan malam di restoran di bawah. Tak sangka mama telah menyusun atur segala program untuk mereka berdua malam ini. Mula ingatkan makan biasa sahaja  tapi ada special 'candle light dinner' di kesuraman lampu dan mereka makan sambil berbual dan bergurau. Setelah itu mereka naik ke bilik semula.
" Abang.. jadi permohonan abang untuk belajar sudah di luluskan ke? " Atikah bertanya sambil memeluk suaminya.
" Sudah sayang, lagi 3 minggu abang akan ke UK." sambil mengusap usap bahu isterinya.
"Habis bagaimana dengan Ika..Berapa lama abang nak ke sana." Atikah mula duduk mengadap muka Irfan untuk mendapatkan kepastian.
" 4 Tahun, kan abang nak sambung PHD, dan abang tak akan tinggal kan sayang, kita pergi bersama." Sambil mencuit hidung Atikah dan menariknya ke dalam pelukannya semula.
" Mula memang abang nak membawa diri yang lara, tapi abang di paksa juga untuk berkahwin, dan abang terpaksa akur perintah orang tua, Abang tak sanggup tengok muka mama yang macam terlalu mengharapkan abang." Irfan bercerita.
" Tapi kan bang macam mana mereka tau kita saling suka sama suka." Atikah mempersoalkan
" Tu lah abang sendiri Hairan, Tapi yang abang bersyukur sangat rupanya Ika adalah jodoh abang dan abang harap kita akan menjadi pasangan suami isteri yang bahagia." Sambil memeluk Atikah dan satu tangan lagi menutup lampu tidur dan mereka melayarkan bahtera.
Selepas sarapan di hotel mereka berdua balik ke rumah, Atikah tidak ke rumahnya tapi terus Irfan bawa balik ke rumah dia. Dan dalam masa 3 minggu ini dia akan tinggal bersama mertuanya. selang 1 jam mereka sekeluarga terus ke rumah Atikah kerana keluarga besar Atikah masih di rumah dan belum balaik ke kampung lagi.
" Wah pengantin baru sampai lah" Shamsul berteriak ke dalam rumah. Selepas bersalam, berpeluk mereka semua duduk berbual beramai ramai.
" Macam mano raso ehh sekarang nie kau orang berduo..suko tak." Wan Maimon bertanya.
" Omak nie ado ko di tanyo yang itu, malu lah dio orang nak jawab." Jawab pak su Atikah, Atikah dan Irfan tersenyum sahaja.
" Tulah nak berahsia konon yang awak tu couple..ha kau ambik sebiji..masing-masing muka macam ayam berak kapur, tapi masih nak berahsia.." Shamsul mula membuka cerita mereka
"Hahahahahahaha.." gamat dengan ketawa mereka semua.
"Sebenarnya kami dah tahu hal kamu berdua nie sebelum abang Shamsul kawin lagi." Datin Nurshamsiah berkata di ikuti anggukan keluarga yang lain.
" Haa..!! " Atikah dan Irfan terperanjat, rupanya dalam berahsia tapi awal2 lagi terbongkar tanpa mereka sendiri sedari.
" Ini buktinya, penat abang simpan sebagai bukti dalam phone nie..lepas nie boleh delete dah." sekali lagi mereka semua ketawa.
Atikah dan Irfan tersenyum kerana termasuk dalam perangkap sendiri.
" Yelah som nak tunggu dua-dua nie buka mulut bukannya senang, depan kita bercakaran rupa kat belakang berkasihan." Datin Nurshamsiah memerli sambil tersenyum.
"Tapi Siah yang syukurnya anak-anak kita nie nak mendengar arahan kita walaupun sanggup bekorban cinta tu." Datin Kalsom menambah
Kedua duanya hanya tersenyum kerana kedua duanya telah di kenakan habis habisan oleh keluarga mereka.